Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2017: Harap Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya berharap Bajet 2017 kali ini akan memberi...

Hasutan: 5 Jan Dengar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 5 Jan untuk mendengar permohonan...

PM Hulur Sumbangan Peribadi...

Kuala Kangsar : Tiga keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung...

Jumpa ‘Kembar’ Ketika Melanjutkan...

KEDUA-DUANYA sama sekali tidak mempunyai pertalian darah namun takdir menemukan mereka di negara...

Gabungan PH Tidak Terjejas, Kata Mahathir

VIENNA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pakatan itu tidak akan terjejas oleh sebarang perbalahan dalam parti tertentu, dan setakat ini gabungan itu yang kini mentadbir negara, berfungsi dengan baik.

“Dalam parti-parti itu sendiri mungkin terdapat pertelingkahan untuk mendapatkan jawatan dan sebagainya tetapi ia tidak menjejaskan gabungan PH. Kami mempunyai empat parti dan satu bukan dalam gabungan tetapi dalam kerajaan (Warisan).

“Keempat-empat parti ini sama kuat dan kami perlu mencapai kata sepakat apabila ingin membuat sebarang keputusan…mungkin terdapat perbezaan tetapi kami boleh menerimanya dan sehingga kini kami berfungsi dengan baik dalam kerajaan,” katanya dalam Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia yang tinggal di Austria dan Republik Slovak di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada pakatan itu berdepan perbalahan selepas dipilih menjadi kerajaan sejak Mei tahun lepas.

PH terdiri daripada empat parti iaitu PKR, DAP, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah). – BERNAMA

Kategori