Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siti Kassim Dan Hindraf...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat membidas aktivis propembangkang, Siti Kassim dan...

AirAsia Buat Tawaran Diskaun...

KUALA LUMPUR - AirAsia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi destinasi penerbangan jarak...

“Selagi Tidak Bertentangan Perlembagaan,...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menghormati keputusan...

UMNO Pekan Pastikan 32,000...

PEKAN - UMNO Bahagian Pekan akan memastikan 32,000 anggotanya keluar mengundi pada 9...

Forum Terbuka: PBDSB Masih Tunggu Respons BNBBC

KUCHING – Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) masih menunggu respons Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak untuk hadir forum terbuka mengenai isu-isu yang berkait rapat dengan dasar kerajaan BN Sarawak.

“Pihak kami tidak ada menerima sebarang respons daripada (Pengerusi BNBBC) Paulus Palu Gumbang,

“Ini kali ketiga kami mengeluarkan jemputan secara terbuka kepada beliau untuk mengadakan forum terbuka ini,” kata Ketua Pemuda PBDSB Rapelson Hamit.

Ini susulan daripada kenyataan BNBBC Sarawak menyokong keputusan BN negeri yang menolak usul meminda Seksyen 5 Kanun Tanah Sarawak yang dibentangkan ADUN Ba’Kelalan Baru Bian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lepas.

“Kita ajak BNBBC Sarawak untuk bersemuka dan mengadakan forum terbuka agar semua rakyat Sarawak dapat bersama-sama mengetahui perkara sebenar dan resolusi penyelesaian masalah tersebut,” kata Rapelson.


Beliau berkata menerusi forum itu isu-isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sekolah daif dan jurang fiskal pendapatan masyarakat bandar dan luar bandar akan dapat dibincangkan bersama. – BERNAMA

Kategori