Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Perkenal Identiti...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan identiti korporat baharunya, yang...

4,693 Laporan Salah Laku...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,693 laporan berkaitan salah laku rasuah membabitkan penjawat awam...

Kerajaan Terap Langkah Tepat...

PUTRAJAYA - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus menerapkan langkah-langkah yang tepat bagi...

Tujuh Maut, 67 Cedera...

POKROVSK: Pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa di lokasi kejadian serangan ke atas...

FELDA Menang Saman Wan Azizah Dan 2 Yang Lain Kes Artikel Fitnah

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam akhbar Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.

Bagaimana pun bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada 2 Oktober lalu telah memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel tersebut dan mengakui ia palsu dan tidak benar.

utf-8BSW5pIGR6dWxrYXJuYWluIHRhaWIga2VfLmpwZw-734196

Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya membuat pengakuan.

Sehubungan itu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membatalkan saman Felda terhadap Dzulkarnain yang kini merupakan perunding media tanpa sebarang perintah berhubung kos.


Kamaludin juga merekodkan penghakiman persetujuan yang mengandungi kenyataan permohonan maaf yang dibacakan oleh Dzulkarnain di mahkamah.

Justeru, saman Felda terhadap Dr Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam sahaja masih diteruskan.

IMG_9640-650x3501

Ternyata, keputusan akhirnya berpihak pada FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam mengisytiharkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan dua yang lain bersalah berhubung dakwaan menerbitkan dua artikel dalam akhbar Suara Keadilan yang memfitnah Felda.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamaludin Md. Said turut memerintahkan gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditafsirkan kemudian oleh Mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.

Melalui saman ini, Felda telah menuntut RM200 juta sebagai gantirugi terhadap fitnah tersebut. – mynewshub.my

REM RAMZI/MYNEWSHUB
Sumber: Feldavoice.com / BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori