Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Tertikam Keris...

LABUAN - Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat...

Rozi Dedah Pengorbanan Siti...

SEJAK 13 Oktober lalu, penyanyi Nombor 1 Malaysia ini tidak henti-henti telah menerima...

Polis Tahan Dua Lelaki...

KUALA LUMPUR : Pemilik akaun Facebook 'Iman Mustaqim' yang disyaki memuat naik hantaran...

Bayi Kepala 2 Meninggal...

BAYI berkepala dua yang dilahirkan di India pada Isnin lalu dan disifatkan doktor...

Ekonomi Akan Terus Meningkat Di Bawah PH

KUALA LUMPUR – Kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14, tidak akan menjejaskan pertumbuhan Malaysia memandangkan asas ekonomi negara yang kukuh, dan dapat menampung sebarang kesan mengejut sementara, kata pakar ekonomi.

Mereka yakin sebarang kejutan yang berlaku dalam pasaran saham atau tukaran mata wang asing, hanyalah sementara.

Berdasarkan prestasi ekonomi sebelum ini, Penganalisis Ekonomi Ramlan Pointon Consultants Sdn Bhd, Dr Jorah Ramlan, berkata kelembapan ekonomi yang berlaku sebelum ini bukan disebabkan oleh urusan dalaman, sebaliknya akibat faktor luar.

“Siapa pun kerajaan yang memerintah, saya boleh mengatakan bahawa ekonomi akan berkembang maju.

“Yang kita perlukan ialah kesinambungan dan tadbir urus. Bagi saya, ini lebih penting dalam memastikan kestabilan ekonomi.

“Mereka mesti memahaminya. Asas dan faktor dalam perkembangan ekonomi tidak boleh diubah untuk populariti. Oleh itu, saya tidak jangkakan ekonomi akan merosot,” katanya kepada Bernama.

PH penuh gaya, menang ‘ibu segala pilihan raya’ dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dalam arena politik dan mengetuai kerajaan baharu selepas memenangi 121 kerusi parlimen (PKR-104, DAP-9, Warisan-8) berbanding 79 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) sehingga 4.30 pagi.

Ini merupakan lembaran baharu dalam sejarah politik Malaysia memandangkan BN, barisan pemerintah negara sebelum ini, sudah berkuasa sejak Merdeka.

Dalam manifestonya, PH merancang menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, dengan kerajaan membayar separuh daripada kenaikan gaji, memansuhkan hutang peneroka Felda selain menyediakan satu juta kediaman mampu milik dalam tempoh 10 tahun.

Pakatan empat parti itu juga mahu memperkenalkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk suri rumah dengan sumbangan RM50 daripada kerajaan serta dua peratus daripada suami, serta menghapuskan tol secara berperingkat-peringkat.

Walau apa pun perancangan PH, Jorah menggesa Pakatan menimbang untuk meneruskan kesinambungan dasar berkaitan asas negara termasuk perdagangan, penggunaan, perbelanjaan, pelaburan langsung asing (FDI) bagi meningkatkan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada masa depan.

Mengenai keyakinan pelabur, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelabur Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata dalam tempoh terdekat, akan berlaku reaksi utama dalam pasaran ekuiti dan mata wang, berikutan kebimbangan akan berlaku perubahan dasar sedia ada.

Beliau bagaimanapun menjangkakan pasaran akan stabil dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas kerajaan baharu mengambil alih Putrajaya.


“Akan berlaku anjakan dari sektor ke sektor, daripada syarikat berkaitan BN, yang kebanyakannya dalam infrastruktur fizikal, pembinaan dan hartanah kepada sektor infrastruktur institusi yang diperjuangkan oleh PH,” katanya.

Sementara itu, HSBC Global Research dalam notanya baru-baru ini berkata cadangan PH untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan semula subsidi bahan api untuk kumpulan pengguna terpilih dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa, menimbulkan risiko fiskal yang ketara, berikutan ketiadaan hasil untuk mengimbanginya.

Bagi 2017, GST menyediakan 21.3 peratus hasil kerajaan Malaysia berbanding 13.1 peratus daripada jumlah pendapatan minyak dan gas, katanya.

Sebelum GST, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya menyediakan kira-kira 7.5 peratus hasil kerajaan.

Tanpa hasil cukai tambahan daripada GST, kerajaan Malaysia akan mengalami defisit 4.9 peratus daripada KDNK pada 2017 berbanding 3.0 peratus.

“Andai janji-janji ini ditunaikan, potensi peningkatan saiz dalam defisit fiskal kerajaan dan terbitan bon kerajaan perlu ditetapkan,” katanya.

Pengerusi Institut Kempimpian dan Strategi Asia bagi Pusat Kajian Dasar Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata terdapat banyak strategi ekonomi dan kewangan yang boleh diguna pakai oleh PH tanpa terlalu bergantung kepada GST.

Beliau berkata hasil boleh dikutip, antara lain, daripada pelbagai cukai seperti pendapatan, keuntungan hartanah dan cukai kekayaan, bagi mengurangkan jurang pendapatan.

Peningkatan harga bukan semata-mata atau sebahagian besarnya disebabkan oleh GST memandangkan beratus-ratus barangan dikecualikan daripada GST.

“Isunya sekarang ialah ketakseimbangan antara bekalan dan pemintatan barangan dan perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori