‘Duit Minyak’ Sebahagian Bajet Pilihan Raya – Bersih

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) tidak melakukan sebarang kesalahan pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands sekiranya ‘duit minyak’ diberikan kepada sukarelawan yang diperuntukkan dalam bajet pilihan raya, kata Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann.

Fann berkata, beliau telah membaca penjelasan yang diberikan bahawa wang tersebut dikeluarkan untuk sukarelawan bagi perbelanjaan perjalanan.

“Jika itulah sebabnya, ia bukan satu kesalahan pilihan raya kerana ia direkodkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan calon, dan antara had RM200,000,” katanya, sambil menambah ia berdasarkan peraturan pilihan raya mengenai peruntukan itu.

Fann bagaimanapun berkata, mereka yang mempunyai bukti bahawa PH yang mempunyai niat untuk memberi sogokan kepada pengundi harus tampil ke hadapan.

“Jika mana-mana pihak berfikiran sebaliknya dan mereka mempunyai bukti untuk membuktikannya, mereka perlu membuat laporan mengenainya dan agensi berkaitan perlu menyiasat perkara tersebut,” kata Fann kepada The Star pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengenai gambar yang tular menunjukkan seorang wanita yang berpakaian kemeja-T merah PH memberikan wang kepada para penyokong.

Pakatan Harapan menafikan dakwaan rasuah itu.

Penolong ketua pusat operasi PH Jelai, Arvind Bharet menjelaskan bahawa petugas-petugas parti diberikan ‘duit minyak’ kepada sukarelawannya menerusi gambar tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun berkata, hanya mahkamah boleh menentukan sama ada ‘duit minyak’ yang diberikan itu merupakan satu kesalahan pilihan raya. – The Star

Loading...