Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kadar Tarif Pembetungan Disemak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan sedang dalam peringkat kajian untuk semak semula...

IKEA Tarik Balik Produk...

KUALA LUMPUR - IKEA membuat keputusan menarik balik produk pasta berbentuk elk, PASTAÄLGAR...

PRU15: Ismail Sabri Berdepan...

BERA : Parlimen Bera menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan...

Malaysia Sasar Eksport 30%...

REMBAU - Malaysia menyasar untuk mengeksport sekurang-kurangnya 30 peratus ayam pedaging menjelang 2030.Timbalan...

Dolar, Saham AS Susut Kerana Komen Trump

SYDNEY – Dolar susut berbanding mata wang utama ke paras terendah dalam lebih dua minggu selepas Presiden Donald Trump mengkritik Rizab Persekutuan berhubung dasar fiskal yang lebih ketat, manakala harga saham susut disebabkan kebimbangan langkah perlindungan perdagangan lanjut akan dikenakan.

Trump, Jumaat lalu, merungut berhubung kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS) dan mendakwa Kesatuan Eropah (EU) dan China memanipulasi mata wang masing-masing.

Kenyataan itu, bersama-sama ancaman Trump untuk mengenakan tarif ke atas semua import dari China, mencetuskan penjualan saham di Wall Street dan Eropah pada Jumaat, sungguhpun syarikat mencatat pendapatan korporat yang baik.

Saham Asia menyusulinya hari ini dengan indeks Nikkei di Tokyo susut 0.9 peratus.

Saham Australia turun 0.1 peratus manakala pasaran New Zealand juga turun 0.4 peratus.

Komen Trump itu juga memberi kesan kepada dolar AS, yang susut 0.2 peratus pada 94.25 berbanding enam mata wang utama, dan menjurangkan lagi pulangan jangka panjang bon Perbendaharaan.


“Kenyataan Presiden juga menjelaskan beliau tidak memihak kepada dolar yang kukuh, mengehadkan keupayaan prestasi dolar AS, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek,” kata Rodrigo Catril, ahli strategi tukaran asing kanan di National Australia Bank.

Indeks dolar naik 2.4 peratus setakat ini tahun ini.

Pelabur menanti mesyuarat penting yang akan diadakan antara Trump dan Presiden EU Jean-Claude Juncker di Rumah Putih. – Reuters/BH ONLINE

Kategori