Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bakal Umum Kelonggaran...

SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna...

PRU15: 118 Kertas Penamaan...

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 118 borang penamaan calon telah dijual Suruhanjaya Pilihan Raya...

Petronas Tawar Produk Minyak...

HOUSTON - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dijangka mula menawarkan produk minyak daripada kompleks...

Tindakan Tatatertib Jika Anggota...

BUTTERWORTH - Anggota MCA yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 4 di...

Diplomat Muda Perlu Manfaatkan Pengalaman Berbilang Kaum, Budaya

KUALA LUMPUR – Diplomat muda perlu memanfaatkan pengalaman berbilang kaum dan budaya di Malaysia sebagai kelebihan untuk mengukuhkan kemahiran diplomasi dan perundingan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Beliau juga menggalakkan mereka untuk memahami dan menghargai budaya lain terutama apabila mereka ditugaskan ke luar negara.

“Sama seperti budaya, diplomasi adalah tentang menyukai dan mengenali orang lain. Justeru, apabila bertugas dan membina hubungan dengan orang lain, adalah lebih baik untuk mempunyai perspektif dan memahami budaya mereka.

“Oleh itu, negara-negara kini memilih diplomasi budaya sebagai sebahagian daripada pendekatan secara berlembut,” kata beliau ketika merasmiklan Hari Penghargaan Budaya 2018 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), di sini hari ini.

Marzuki berkata penghargaan terhadap pelbagai budaya, menghormati, toleransi dan menghargai perbezaan merupakan elemen penting bagi kestabilan domestik Malaysia selama beberapa dekad.


Hari Penghargaan Budaya yang dianjurkan oleh IDRF bertujuan untuk mempromosikan budaya dari lebih 15 negara termasuk Kazakhstan, Croatia, Uzbekistan dan Bahrain.

Acara ini turut disertai oleh diplomat muda dalam latihan, peserta antarabangsa Program Perbadanan Teknikal Malaysia dan Diplomat Muda ASEAN. – BERNAMA

Kategori