Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala Malaysia: Suasana Di...

JOHOR BAHRU - Suasana sebelum aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia...

AS Puji Cara Malaysia...

PUTRAJAYA: Kejayaan Malaysia dalam pengurusan isu pengawalan wabak Covid-19 lebih setahun lalu menerima...

34 Rakyat Asing Kerja...

BUTTERWORTH - Seramai 34 rakyat asing yang bekerja di sebuah pusat hiburan keluarga...

‘Arked Niaga Padang Besar...

"KEPADA Majlis Perbandaran Kangar (MPK), mohon tolong tengok sat berkaitan pengusaha gerai makanan...

Dendam Dr. Mahathir Semakin Memuncak – Nazri

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan menentang usul kajian semula persempadanan semalam adalah disebabkan dendam yang semakin mendalam terhadap kerajaan.

Beliau berkata ketika pemerintahan Dr Mahathir, tindakan seumpama itu langsung tidak dibenarkan dan mereka yang terbabit akan dikenakan tindakan.

“Dia (Dr Mahathir) jangan menipulah…kalau dulu dia mesti takkan benarkan ia berlaku dan ditangkap bawah ISA… kita kenal siapa dia janganlah menipu rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merasmikan ‘Pameran Peking Man-Tapak Warisan Zhoukoudian’ di Muzium Negara di sini semalam.

Nazri berkata bantahan itu hanya sia-sia sahaja kerana ia tidak akan memberikan sebarang kesan kepada keutuhan UMNO.


Perhimpunan di luar bangunan Parlimen semalam, dianjurkan Bersih 2.0 bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya.

Mengulas tindakan bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian Tan Sri Rafidah Aziz yang sering mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan, Nazri berkata ia juga disebabkan dendam. – BERNAMA

Kategori