Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Tahu Penglibatan...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Gantung Sementara Visa Umrah,...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 15,000 hingga 20,000 jemaah Malaysia yang bakal berangkat ke...

Gambar: Majlis Kristianisasi Bayi...

ANAK kedua Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton iaitu...

Guru Dakwa Rugi RM438,900...

KUANTAN: Seorang guru wanita mendakwa kerugian RM438,900 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam sejak...

Democratic Islamic Party (DIP) Bakal Ditubuhkan Progresif PAS?

BUNYINYA hampir kedengaran seperti Democratic Action Party (DAP) iaitu parti sekutunya dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), namun Democratic Islamic Party (DIP) merupakan sebuah parti baru yang bakal diwujudkan oleh serpihan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Progresif PAS atau G18.

Pemerhati dunia politik tempatan acapkali membuat andaian bahawa segelintir pemimpin profesional dalam PAS yang tumpas dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan PAS yang lalu akan bangkit menentang golongan Ulama yang menang besar.

Jadi, adakah andaian itu akan benar menjadi nyata, apatah lagi pihak progresif PAS akan membuat pengumuman tentang kemungkinan penubuhan parti tersebut selepas raya.

Belum Tubuh Parti Baru, PASMA & Progresif PAS Dah Bercakar

PAS_HIMPUNAN_JASAMU_DIKENANG_170615_TMINAZIRSUFARI_04

Memetik laporan dari laman blog mykmu.net, G18 menggunakan platform parti KITA yang mana mereka telah menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan bagi memenuhi keperluan yang digariskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Lantas, seandainya ia berjalan lancar, maka parti tersebut akan secara rasminya tertubuh dan dikenali dengan panggilan DIP atau Democratic Islamic Party.

Menurut sumber sama lagi, DIP akan dipimpin oleh Datuk Dr Siddiq Fadhil iaitu Presiden Wadah manakala Muhammad Sabu akan mengisi jawatan timbalan. Untuk jawatan-jawatan lain, ia dijangka diduduki oleh ahli-ahli G18 yang lain termasuk Salehuddin Ayub serta Mahfuz Omar, itu pun sekiranya mereka tidak menerima tawaran menganggotai Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, ada khabar angin mengatakan mereka kini sedang cuba memujuk seorang tokoh agamawan low profile dari utara untuk sama-sama menyertai DIP. Siapakah gerangan individu tersebut?


Nampaknya, cita-cita pemimpin progresif PAS untuk menubuhkan parti baru mungkin bakal berlaku tak lama lagi. Itu yang pastinya.

Tapi yang masih tak pastinya, selama manakah ia akan bertahan dalam arena politik sebagai parti serpihan PAS seperti yang dialami oleh BERJASA dan Hamim. Adakah ia akan kekal kukuh dan berjaya mengharungi cabaran politik? Kita tunggu dan lihat survival parti berkenaan selepas ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Apa Salahnya Jadi Ahli Biasa? Soal Idris Tentang Kemungkinan G18 Tubuh Parti Baru

https://www.youtube.com/watch?v=mNPO39UD1OU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori