Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jurutera Maut Diseret Sejauh...

KUALA LUMPUR - Seorang jurutera maut diseret sebuah kereta sejauh hampir 20 meter...

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar...

MELAKA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada...

SPRM Mahu Penduduk Labuan...

LABUAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penduduk Labuan untuk bekerjasama dengan...

PAS Gesa Doktor Kritik...

PAS menggesa seorang doktor perubatan yang menulis di Facebook mengkritik aktivis Marina Mahathir...

Definasi Semula Pengertian Tanah Adat Orang Asli

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang dalam proses mewartakan tanah adat Orang Asli di seluruh negara bagi menjamin hak golongan itu terhadap pemilikan tanah terpelihara.

Menterinya Rina Mohd Harun berkata ia antara lain melibatkan pindaan undang-undang sedia ada sebelum kawasan berstatus tanah adat dapat diwartakan atas nama Orang Asli.

“Pengertian tanah adat itu perlu didefinasi semula dengan mengambil kira aspek undang-undang, memandangkan tidak semua negeri mengiktiraf tanah adat Orang Asli yang menyukarkan pewartaan menyeluruh dapat dibuat.

“Langkah ini akan disegerakan bagi memastikan ketidak adilan seperti yang terjadi kepada Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dapat diselesaikan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan dan pelancaran program penghayatan Bulan Kebangsaan peringkat kementerian itu di sini hari ini.

Rina mengulas mengenai langkah yang akan diambil kementerian bagi membantu nasib Orang Asli Temiar di 17 perkampungan di Gua Musang yang terpaksa membina sekatan bagi menghalang tanah adat mereka diceroboh pihak luar.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan masalah isu pencerobohan tanah adat Orang Asli di Gua Musang yang menuntut pengiktirafan wilayah tanah adat melalui kaedah Geran Komuniti.

Dalam pada itu, Rina berharap kerajaan Kelantan memberi penekanan yang serius untuk menyelesaikan isu itu dengan mempermudahkan urusan pewartaan tanah adat di kawasan terbabit.


Beliau berkata walaupun istilah tanah adat Orang Asli tidak wujud di dalam undang-undang tanah negeri Kelantan tetapi kerajaan negeri tidak boleh memandang remeh isu berkenaan kerana masyarakat itu mahu hak mereka diiktiraf.

“Perkara berkaitan undang-undang itu memang jelas tetapi dengan bidang kuasa yang ada, kerajaan Kelantan seharusnya bertindak lebih baik dan adil dalam menangani tuntutan tersebut,”​​​​​ katanya.

Sebagai langkah susulan, Rina berkata pihaknya akan bertemu kerajaan Kelantan dalam masa terdekat bagi membincangkan kemelut tersebut termasuk keperluan mendefinasikan semula tanah adat. – BERNAMA

Kategori