Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri: 40,000 Pegawai, Anggota...

KUALA LUMPUR - Lebih 40,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara akan...

Semua Anggota Bomba Diminta...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meminta...

Khyril Muhymeen Tamatkan Zaman...

ALOR SETAR - Penyerang pasukan Kedah Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang menamatkan zaman...

Pembelian Pesawat: PKR Sarawak...

KUCHING - PKR Sarawak hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri kerana...

DAP Yang Sepatutnya Minta Maaf – Sivarraajh

KUALA LUMPUR – DAP tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain disebabkan keberanian PAS meneruskan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Pengerusi Pemuda MIC, C.Sivarraajh berkata, DAP sepatutnya menyalahkan parti itu sendiri kerana DAP menjadikan PAS sebuah parti yang mempunyai pengaruh untuk mengemukakan pindaan itu di Parlimen sewaktu bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“DAP menyuruh rakyat Malaysia untuk menyokong PAS dalam dua pilihan raya umum sebelum ini walaupun mengetahui PAS tidak akan mengalah daripada melaksanakan hudud.

“DAP telah mengelirukan rakyat dan mereka yang sepatutnya memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DAP semalam menyalahkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa tidak membantah pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.


Parti sekular itu menganggap rang undang-undang yang dibentangkan oleh PAS itu sebagai usaha permulaan PAS untuk memperkenalkan undang-undang hudud yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Usaha PAS itu turut ditentang hebat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang menyifatkan rang undang-undang yang dibentangkan oleh PAS mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan bukan Islam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori