Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KWSP Lancar Portal Informasi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Portal Informasi untuk ahlinya...

Mohamad Lahir Rasa Syukur...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan amat bersyukur berhubung...

Gempa Bumi Kuat Landa...

SATU gempa bumi kuat melanda Jepun awal pagi tadi, namun tiada sebarang laporan...

Sultan Nazrin Berangkat Ke...

TAIPING - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara...

DAP Tawar Kerjasama Dengan UMNO Johor Gulingkan Najib

KUALA LUMPUR – DAP Johor membuat tawaran untuk bekerjasama dengan UMNO Johor bagi mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, DAP sentiasa bersedia untuk menjalin kerjasama dengan UMNO Johor bagi tujuan itu.

“DAP Johor bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO Johor untuk menjatuhkan Najib secepat mungkin.

“UMNO Johor perlu terlebih dahulu mengumumkan memutuskan kerjasama dengan Najib,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, sudah tiba masa ahli UMNO Johor menjalin kerjasama dengan DAP bagi menyelamatkan Malaysia.


Beliau turut meminta UMNO Perlis supaya membuat bekerjasama dengan DAP Perlis untuk menjatuhkan Perdana Menteri. – mynewshub.cc

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori