Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

PAS, Gagasan Sejahtera Lancar...

ALOR SETAR - PAS bersama rakan strategik mereka dalam Gagasan Sejahtera malam tadi...

Kehadiran 6 Pemain Bantu...

SEPANG - Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee yakin...

PAFA Setuju Lantik MB...

IPOH – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebulat suara mencadangkan Menteri...

KJ Umum Tanding Naib...

RASMI... Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin secara rasmi menamatkan teka teki jawatan apakah...

DAP Sedia Lancar Protes Besar-Besaran Di Kuantan

KUALA LUMPUR – DAP bersedia mengerakkan protes secara besar-besaran di Kuantan, Pahang bagi membantah pencemaran alam sekitar disebabkan kegiatan perlombongan bauksit.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng berkata, protes besar-besaran itu perlu dilakukan bagi membantah tindakan rakus pihak-pihak tertentu mengaut kekayaan hasil bumi di Pahang.

“Penutup tahun 2015 menyaksikan kita menahan geram dengan kerakusan pengusaha bauksit di sekitar Kuantan.

“Kuantan dan kawasan sekitarnya sudah lama berselimut dalam debu merah hasil pelombongan bauksit, bahan mentah yang perlu diproses untuk menghasilkan aluminium,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lip Eng berkata, protes besar-besaran juga perlu dilakukan kerana tiada sebarang tindakan tegas dikenakan ke atas pihak yang bertanggungjawab ke atas pencemaran bauksit setakat ini.


Justeru, beliau mempersoalkan siapa dalang di sebalik pencemaran bauksit itu kerana pihak berkenaan kelihatan cukup berpengaruh dan berkuasa hingga gagal dihalang pihak berkuasa.

“Sebut saja bila dan di mana. Kita telah berhimpun membantah Lynas. Apalah sangat berhimpun membantah pengusaha bauksit,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori