Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dadah: NGO Perlu Utamakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan...

Ford Catatkan Jualan Terbaik...

KUALA LUMPUR - Ford hari ini mengumumkan September mencatat prestasi terbaiknya di Malaysia,...

Kamal Belum Bagi Cincin,...

SUDAH lama bercinta tak semestinya kena cepat-cepat mendirikan rumah tangga... Tapi kalau dah...

Banjir Lumpur: 19 Pendaki...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan 19 pendaki Malaysia yang terkandas susulan banjir lumpur...

DAP Sarawak Keluar Pakatan Rakyat Sarawak

KUCHING – DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

“Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

“Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

Sementara itu, PAS Sarawak berkata ia menghormati keputusan DAP untuk keluar daripada PR Sarawak.


Ketua Penerangannya Andri Zulkarnaen Hamden berkata, beliau hairan dengan tindakan DAP Sarawak yang disifatkannya drastik dan merugikan.

“DAP Sarawak tahu undang-undang serta pluralisasi pelbagai etnik Sarawak tidak memungkinkan hudud dilaksanakan di negeri ini,” katanya.

Katanya PAS Sarawak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori