Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Johor & Malaysia Bukan...

KUALA LUMPUR - Malaysia berterima kasih kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar...

“Saya Sama Je, Tak...

SEBAGAI selebriti, pasti mereka tidak lari daripada gosip tidak berasas yang sengaja diada-adakan. Semakin...

Prosiding Kes SRC Tangguh...

KUALA LUMPUR – Prosiding SRC International Sdn. Bhd. terpaksa di tangguhkan berikutan panggilan...

Mayat Pekerja Ladang Hilang...

KINABATANGAN - Mayat pekerja ladang yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Jeroco...

DAP Perlu Perjelas Dakwaan Ditawar RM1.2b – Reezal Merican

KEPALA BATAS – DAP sewajarnya tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan parti itu ditawarkan RM1.2 bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata DAP seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang membuat dakwaan itu sekiranya ia tidak benar kerana tuduhan itu adalah serius.

“Tindakan berdiam diri akan menyebabkan masyarakat beranggapan dakwaan berkenaan adalah benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini hari ini.

Pada 2 Jan lepas, sebuah portal berita melaporkan pemimpin DAP yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap ‘seorang pemimpin kanan politik’ yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori