Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penguat Kuasa Agama Perlu...

IPOH - Para pegawai penguatkuasaan agama perlu mencerminkan keindahan Islam dengan sifat-sifat berhemah...

Lydiawati Belasah Pengkid Brunei...

MUNGKIN tertekan, beberapa jam lepas, aktres popular era 1990-an, Lydiawati telah memuat naik...

Semua Rakyat Johor Terima...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mengagihkan bantuan 10 kilogram (kg) beras...

Peniaga Buat Tuntutan Palsu...

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan...

DAP P.Pinang Tidak Akan Siasat Isu Bapa Siew Khim

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata perkara ini tidak melibatkan Siew Khim, jadi tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan anggota parti.

“Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang ADUN namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Padang Kota Lama sini hari ini.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban telah mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan dikenali sebagai ‘rasuah untuk rumah’ bagi mendapatkan rumah mampu milik yang didakwa melibatkan bapa seorang ADUN Pulau Pinang.

Chow berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang siasatan SPRM namun bersedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan berhubung perkara tersebut.

Beliau juga menasihatkan semua mangsa-mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan.


“Semua mangsa harus tampil untuk membuat laporan polis sekiranya perkara yang didakwa ini benar-benar berlaku supaya siasatan yang lanjut dapat dijalankan,” katanya.

Isu ini terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Oh berkata isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas dan bapa ADUN berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran namun tidak mendapat rumah itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori