Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

PAS Enggan Tinggal Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pimpinan PAS enggan keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor walaupun telah...

Siang Polis, Malam Jadi...

ANGGOTA polis dipercayai ‘bapa ayam’ ditahan bersama enam yang lain di sebuah hotel...

Tiada Kemusykilan, Azmin Sokong...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan penuh...

Kolej, Institusi Kemahiran Peka...

KOTA KINABALU - Kolej dan institusi kemahiran di Sabah perlu peka dengan perkembangan...

DAP Kata Johor Bukan Lagi Kubu Kuat UMNO

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Johor yang selama 56 tahun menjadi kubu kuat dan deposit tetap UMNO akan berubah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau mendakwa, jika 10 tahun lalu orang bertanya jika kerajaan Johor akan dapat ditukar kepada pembangkang, jawapannya adalah tidak.

“Banyak perubahan politik telah berlaku sejak sedekad lalu dan jawapannnya sekarang adalah tidak begitu pasti dan mengikut kategori,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu mengingatkan semua pemimpin pembangkang bahawa UMNO Johor mesti ditumbangkan jika pembangkang mahu menawan Putrajaya.

Menurutnya, Johor merupakan kunci kepada pembangkang untuk menggantikan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori