Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

2 Rumah Papan Musnah...

SEREMBAN - Dua buah rumah papan separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung...

Jarak Merokok 3 Meter...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan mengubah sama sekali jarak merokok...

Syarikat Bakal Tanam Cip...

SEBUAH syarikat di Wisconsin mengumumkan rancangan untuk memasang microchip di bawah kulit di...

Peniaga Tidak Tahu Kewajipan...

IPOH - Terdapat segelintir peniaga kecil yang masih tidak tahu mengenai kewajipan meletakkan...

DAP Hormat Keputusan PKR Kosongkan Kerusi

BENTONG – DAP menghormati keputusan PKR mengosongkan satu kerusi Parlimen pada minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata ia adalah keputusan dan hak PKR untuk berbuat demikian.

“Ini terpulang kepada PKR. Kita hormati keputusan pimpinan parti itu dan akan menunggu mereka membincangkan perkara itu dengan kami,” katanya semasa ditemui selepas menghadiri Program Taklimat dan Penerangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Perniagaan Cina Bentong di sini, hari ini.

Spekulasi mengenai kerusi Parlimen dikosongkan itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, namun mereka masih mengunci mulut tentang mana satu kerusi yang dimaksudkan.

Pada ceramah #REFORMASI 20 TAHUN di Kota Bharu, Kelantan Rafizi dilaporkan berkata tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri.

Terdahulu Lim semasa merasmikan pejabat Anggota Parlimen Bentong Wong Tack di Jalan Chui Yin di sini, berterima kasih atas kesudian penduduk Bentong mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu bagi mengubah pentadbiran negara.


“Tanpa sokongan anda, kita tidak boleh menjadi kerajaan, tiada kerajaan baharu dibentuk yang seterusnya bermaksud tiada harapan untuk anak-anak kita.

“Selama empat bulan ini, saya menghabiskan masa di pejabat untuk menyelesaikan hutang yang ditinggalkan kerajaan dahulu. Jika hutang ini tidak diselesaikan, ia akan menjadi krisis kepada negara.

“Kalau perkara ini tidak boleh diselesaikan, kita tidak perlu bincang tentang perkara lain kerana tiada wang. Jadi saya harap berikan masa kepada kerajaan untuk menyelesaikan hutang ini dahulu,” katanya. – BERNAMA

Kategori