Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemuda Setubuh Keldai Sebagai...

JOHANNESBURG - Ntando Thembalethu Mankungwini, seorang pemuda berumur 23 tahun dijatuhi hukuman penjara...

Najib Sertai Majlis Doa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyertai lebih 4,000 jemaah...

Hujan Lebat Di India,...

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat...

Lepas Teruk Dikecam, Kerajaan...

SELEPAS teruk dikecam kerana mengekalkan harga minyak di pasaran walaupun harga minyak dunia...

DAP Bengang Bersih 5 Dikategorikan Gagal – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang kerana ramai beranggapan perhimpunan Bersih 5 di ibu negara semalam merupakan satu kegagalan besar.

Beliau berkata pihak yang sebenarnya mengalami kegagalan semalam adalah kumpulan Baju Merah kerana hanya dapat mengumpulkan seramai 3,000 hingga 4,000 orang.

Pemimpin veteran DAP itu bagaimanapun gembira kerana mendakwa kononnya peningkatan penyertaan kaum Melayu dalam perhimpunan jalanan Bersih meningkat berrbanding sebelum ini.

“Walaupun Bersih 5 dikategorikan sebagai tidak berjaya, ia mendapat lebih penyertaan Melayu berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramai pihak beranggapan perhimpunan Bersih 5 semalam merupakan satu kegagalan buat parti pembangkang dan kumpulan anti kerajaan kerana cuma kira-kira 15,000 orang menyertainya.

Umum juga mengetahui hampir semua yang menghadiri perhimpunan itu semata-mata ahli parti pembangkang yang memang diketahui `kaki demonstrasi’ sejak tahun 1998.

Sedikit peningkatan kaum Melayu dalam perhimpunan Bersih kali ini pula disebabkan penyertaan pengikut setia bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Kumpulan anti kerajaan dan parti pembangkang pada asalnya merancang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 yang mendapat sambutan besar-besaran rakyat.

Penganjur Bersih 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun masyarakat menyedari ia cuma strategi politik untuk memenangkan pembangkang.

Kit Siang dalam pada itu menuduh sekatan jalan raya dan tangkapan yang dilakukan pihak polis menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat menyertai Bersih 5. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori