Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

50,000 Unit Vaksin Untuk...

IPOH - Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing...

Kesihatan YDP Agong Tidak...

KUALA NERANG - Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,...

Keluarga Allahyarham Datin Habibah...

BATU PAHAT - Keluarga kepada isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah...

Azmin Mulakan Tugas MB...

SHAH ALAM - Azmin Ali memulakan tugas pertama sebagai Menteri Besar Selangor yang...

Danyal Balagopal Umum Letak Jawatan Ahli Parlimen Port Dickson

KUALA LUMPUR – Susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih bertanding bagi pilihan raya kecil di Port Dickson, Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Menurut Danyak Balagopal, surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen telah diserahkannya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat tengahari tadi.

“Tengah malam semalam, saya telah diberitahu oleh Rafizi Ramli bahawa selepas berbincang dengan kepemimpinan parti, Anwar bersetuju menerima tawaran saya dan memilih Port Dickson sebagai kawasan di mana beliau akan bertanding sebagai calon.

“Saya yakin Anwar akan memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan mudah dan seterusnya menjadi ahli Parlimen dan InsyaAllah akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, beliau berterima kasih kepada penyokong-penyokong dan pengundi di Port Dickson yang telah memilihnya sebagai ahli Parlimen kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Saya amat berharap pengundi di Port Dickson akan memberi sokongan yang sama atau lebih kepada ahli Parlimen akan datang yang juga bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori