Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khidmat Pasukan Pemadam Lebih...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berpendapat khidmat pasukan pemadam kebakaran lebih...

Pengundi Resah Khalid Ibrahim...

Umum sedia maklum, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini menjadi ADUN bebas selepas...

JBPM Guna Aset Baharu...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dilengkapi aset baharu untuk...

Penguat Kuasa Pantau Acara...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat...

Dakwa SPR Tak Telus: PPBM Buat Laporan Polis

BUTTERWORTH – PPBM Bahagian Tasek Gelugor hari ini membuat laporan polis berhubung proses pengiraan undi di kawasan Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang didakwa dilaksanakan dalam keadaan mencurigakan.

Ejen kepada calon Marzuki Yahaya (PKR-PPBM), Mohd Yusup Hashim mendakwa SPR menidakkan hak calon PPBM itu untuk membuat pengiraan semula ekoran terdapat perbezaan sebanyak 81 undi antara calon Barisan Nasional Datuk Shahbudin Yahaya dan Marzuki.

“Kami merasakan keputusan yang dipamer pada skrin (penjumlahan undi) meragukan terutama apabila permohonan kami untuk membuat pengiraan semula undi ditolak mentah-mentah oleh SPR,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Sungai Dua, di sini.

Pada PRU14 Rabu lepas, Shabudin mempertahankan kerusi Parlimen Tasek Gelugor dengan memperoleh 18,547 undi manakala Marzuki mendapat 18,466 undi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori