Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Lupus Barang Rampasan...

Bangi : Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM2.83 juta membabitkan Op Kontraban, Op...

Selain Ijtimak Tabligh, PH...

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus membidas kerajaan Pakatan Harapan...

‘Pasti Kau Milikku’ Penuh...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Pretty Ugly, yang telah sekian lama menyepi, tampil dengan...

PM Nasihat Anggota Parlimen...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu semua...

DAP Tampil Pertahan Chieng Jen Yang Hina Lagu Negaraku

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen bukan mengkritik lagu Negaraku, tetapi mengkritik kewajaran polisi lagu kebangsaan dimainkan dalam pawagam.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, Chieng Jen bimbang langkah tersebut akan merendahkan penghormatan buat lagu kebangsaan kerana ia dimainkan di sebuah pusat hiburan.

“Oleh itu persoalan Chieng Jen tidak patriotik dan tidak menghormati lagu Negaraku tidak timbul .

“Beliau bagaimanapun telah segera meminta maaf kerana menggunakan kata-kata yang tidak sesuai dalam kenyataannya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Tindakan Chong Chieng Jen mengecam lagu kebangsaan dimainkan di pawagam baru-baru ini mendapat reaksi negatif orang ramai yang melihat beliau tidak menghormati lagu Negaraku.

Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh pula mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Chieng Jen dan berpendapat beliau tidak seharusnya dilepaskan hanya kerana telah membuat permohonan maaf. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori