Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Unit Anjing, Bot Kesan...

KUALA LUMPUR - Kaedah pemantauan menggunakan bot dan anjing pengesan digunakan dalam operasi...

Troll Terbaik Dari Pengguna...

Memang hidup di zaman serba teknologi ini begitu banyak taktik penipuan 'scam' dilaporkan...

Habis Pecah Mesin ATM...

GEORGE TOWN - Akibat berang kerana gagal mengeluarkan wang, seorang lelaki bertindak memecahkan...

Kantoi Curang, Lelaki Penggal...

BERANG dengan perbuatan selingkuh isterinya, seorang petani dari India tergamak memengal kepala isterinya. Narayan...

Ceramah Mansuh Akta Hasutan Terpaksa Bersurai Lepas Diganggu

Demonstrasi dan ceramah yang dianjurkan oleh Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) terganggu apabila sekitar 30 lelaki bertindak menyerbu Speaker Corner di Esplanade, Pulau Pinang semalam.

Sambil menjerit perkataan ‘balik!’ ‘balik!’ mereka mengarahkan peserta demonstrasi termasuk beberapa wajah yang dipercayai warga negara luar supaya bersurai.

Ceramah Akta Hasutan Di P.Pinang Diganggu

Akibatnya jurucakap GHAH Ong Jin Cheng yang baharu sahaja memulakan ucapannya kira-kira pukul 6 petang tidak dapat meneruskan hasratnya dengan lancar.

Dilaporkan berlaku pergelutan kecil selepas itu sebelum pihak polis campur tangan untuk menghentikannya daripada berterusan.


Bagi mengawal keadaan 20 penyokong GHAH termasuk Jin Cheng dan aktivis SUARAM serta Bersih, Prema Devaraj dan Toh Kin Woon kemudiannya diiringi keluar padang oleh pihak polis.

Mereka sempat melahirkan kekecewaan dengan kejadian ini tetapi bertegas akan tetap menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. – mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB
Sumber1 / Sumber2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori