Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

10 Jalan Di KL...

KUALA LUMPUR - Sepuluh jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup secara...

Rayzam Raih Emas 110m,...

KUALA LUMPUR — Jaguh pecut 110 meter (m) berpagar Asia Tenggara, Rayzam Shah...

FA Dedah Kelakuan Wenger...

PERSATUAN Bola Sepak England (FA) mendedahkan kelakuan Arsene Wenger terhadap pengadil Mike Dean. Pengurus...

Program Pemutihan PATI Tidak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan mengadakan program pemutihan pekerja...

Calon Muda BN Pahang Fokus Suara Akar Umbi, Pengundi

KUANTAN – Menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan satu tangggungjawab besar patah lagi bagi calon muda yang pertama kali turun ke gelanggang pilihan raya umum.

Ilmu politik yang belum penuh di dada berbanding dengan calon lama yang sudah masak dengan selok belok dalam arena itu sudah tentu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka untuk membuktikan kemampuan memberikan kemenangan kepada BN.

Bagi calon BN untuk kawasan Parlimen Paya Besar Mohamad Shahar Abdullah, 38, dalam menggalas tanggungjawab itu, beliau akan memberi fokus kepada suara akar umbi selain pengundi khususnya pengundi muda.

“Tetapi dalam masa yang sama saya juga tidak akan meminggirkan harapan dan suara golongan orang yang lebih berpengalaman,” kata ketua Pemuda UMNO Pahang itu kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah kepada calon-calon BN Pahang bagi PRU14 di sini, hari ini.

Selain Mohamad Shahar, dua srikandi muda MCA turut tercalon buat pertama kali bagi PRU14 ini.

Bangkit atas kesedaran sendiri, Tee Choon Ser, 37, dan Datuk Natalie Lim Chong Ly, 39, tekad memasuki bidang politik bagi menyelesaikan masalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi masing-masing di DUN Teruntum dan DUN Damak.

Lebih menarik, Tee yang lebih mesra dengan panggilan ‘Misty’ berkata tiada siapa dalam kalangan anggota keluarganya yang terlibat di dalam politik.

“Ayah saya hanya peniaga kedai runcit kecil-kecilan di sini yang dibuka sejak 1987, saya seorang yang menjadi anggota politik sepenuh masa, kerana saya rasa kuasa politik perlu untuk mengubah sesuatu perkara,” kata ketua Wanita MCA Kuantan itu.

Misty yang fasih berbahasa Melayu berkata beliau telah berkhidmat sebagai anggota Majlis Perbandaran Kuantan sejak 2014, justeru keperluan penduduk setempat tidak asing untuknya.


Walaupun lahir di Klang, Selangor, katanya beliau telah berhijrah bersama ibu bapanya ke Kuantan sejak beliau berumur empat tahun, dan mendapat pendidikan rendah sehingga ijazah di Kuantan.

“Saya akan bekerja lebih kuat dan beri sentuhan peribadi kepada pengundi,” kata Misty.

Lim pula berkata beliau melihat peluang untuk menambah baik keadaan di kawasannya hanya boleh dilaksanakan jika beliau menjadi seorang wakil rakyat.

Beliau sebelum ini hanya mengikuti mendiang ayahnya menjalankan kerja-kerja politik dan hanya dua tahun lepas membuat keputusan menyertai politik secara serius.

“Saya tak jangka (terpilih sebagai calon) tapi saya memang suka kerja berdampingan dengan rakyat, bila saya dekat saya baru boleh menyelami masalah mereka dan dapat berikan bantuan,” kata ibu tunggal tiga anak itu.

Pengerusi MCA cawangan Taman Mawar Murni itu berkata antara fokusnya ialah menambah baik infrastruktur kawasan perkampungan, sistem pembuangan sampah serta mempromosi ekopelancongan di DUN Damak. – BERNAMA

Kategori