Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita, Lembaga Pengarah Dan...

APABILA Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tekad...

Kepala Dan Badan Bertemu...

BUKIT MERTAJAM - Kepala yang ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 26 orang pagi ini,...

19 CCTV Depot Tahanan...

KUALA LUMPUR - Tiada satu pun daripada 19 kamera rakaman litar tertutup (CCTV)...

Calon BN Perlis Harus Penuhi Citarasa Rakyat

SANGLANG (Perlis) – Calon-calon Barisan Nasional (BN) Perlis yang akan dipilih bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 harus memenuhi citarasa rakyat terutama pengundi, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Katanya politik Perlis berbeza dengan negeri-negeri lain terutama negeri besar dan maju kerana rakyat di negeri ini mahukan pemimpin yang mudah didekati dan sentiasa mengambil tahu hal mereka.

“Justeru, calon BN dan UMNO khususnya mestilah orang yang telah terbukti membuat kerja dan sentiasa berdamping dengan mereka, bukan hanya muncul menjelang PRU.

“Tak guna (jika) kita ada ramai calon golongan profesional tetapi mereka tidak mampu melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada 54 murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hun, Kuala Sanglang, di sini, hari ini.

Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyumbangkan enam unit televisyen LCD kepada sekolah tersebut yang diterima oleh Guru Besarnya, Leong Yong Siang.

Katanya senarai calon yang diserahkan kepada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah melalui cadangan oleh setiap sayap parti yang merangkumi kombinasi orang-orang berpengalaman serta muka baharu dan muda.


“Saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat penilaian dan seterusnya memilih calon-calon yang layak.

“Bagi diri saya pula, terserah kepada presiden parti. Jika presiden kata jangan bertanding, maka tidak bertandinglah saya. Jika presiden kata pindah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri pula, saya akur,” tambahnya.

Shahidan berkata UMNO Perlis kini berada dalam kedudukan kuat dan segala perselisihan yang pernah tercetus telah diselesaikan secara kekeluargaan dan bertindak sebagai sebuah pasukan mengikut satu arahan. – BERNAMA

Kategori