VIDEO : Lawak!! Calon Bebas Tumpang Kempen Calon BN

TUMPAT (Kelantan) – Seperti diketahui di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor menyaksikan penampilan seorang calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary melawan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail dan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Hari ini, Izat Bukhary mencuri perhatian media apabila bertembung dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di kawasan Kampung Geting.

http://youtu.be/7smVRpnxhwk

Ketika itu Shahrizat sedang membuat lawatan dari rumah ke rumah di kawasan berkenaan menziarahi orang sakit dan juga ada penghuni di kawasan kampung ada yang meninggal dunia.

Izat Bukhary secara tiba-tiba berkempen di depan Shahrizat, mengambil kesempatan kebetulan pihak media yang ramai mengikut lawatan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

“Saya boleh buat perubahan,” kata Izat Bukhary yang memakai baju t hitam sambil memegang simbol kempennya iaitu pen.

DSC01072

Pada PRK itu, beliau menggunakan lambang pen pada kertas undi yang akan digunakan pada hari mengundi Khamis ini.

Izat Bukhary sebenarnya merupakan calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan tewas kepada calon BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar. Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saharun Ibrahim turut tewas.

Pada PRU ke-13, Izat Bukhary hanya menerima 65 undi sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K