Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Lelaki Indonesia Didenda...

KOTA TINGGI - Tiga lelaki warga Indonesia masing-masing didenda RM16,500 oleh Mahkamah Sesyen...

PAS Gembira Anak Muhd...

KUALA LUMPUR - PAS gembira kerana Mahkamah Rayuan mengesahkan penukaran agama tiga kanak-kanak...

‘Saya Terima Hati Terbuka’...

ERNI Dekritawati Yuliana Buhari yang merupakan anak sulung kepada Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya...

Afdlin Tegur Penaja TRW,...

PELAKON dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki menerusi laman Facebooknya baru-baru ini meluahkan pendapatnya mengenai tajaan...

Cadang Tak Tanding Dun Chempaka, Ibrahim Ali Kritik UMNO

RAMAI pihak sedia maklum, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memang dikenali dengan sifat lantang yang kadang-kadang tak kena tempat.

Mana taknya, baru-baru ini dia telah mengeluarkan satu kenyataan sensitif yang dilihat tidak menghormati kehilangan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mengkritik sumbangan Allahyarham terhadap kemajuan Kelantan dan kegagalan pelaksanaan hukum hudud.

BACA: Masa Ni Ibrahim Ali Nak Kritik Nik Aziz… Ada Ke Patut?

Terbaru, figura yang pernah menduduki kerusi parlimen Pasir Mas, Kelantan itu mengeluarkan kenyataan mengkritik UMNO pula.

Puncanya, Ibrahim semacam ‘panas’ apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan agar UMNO tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dun Chempaka.

Ramai sedia maklum kerusi tersebut kosong setelah penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Untitled (4)

Menurut laporan , cadangan tersebut dilihat rasional bagi membantu hubungan usahasama antara Putrajaya dan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah banjir, juga mengelakkan pergeseran sesama masyarakat yang menyokong parti berbeza di waktu-waktu pasca bencana seperti sekarang.

Maka sebagai presiden kepada NGO yang menyokong UMNO, Ibrahim melihat tindakan tersebut sebagai tidak wajar.

Tulisnya di laman Facebook rasmi, “Alasan memberi tumpuan kepada banjir adalah kelakar kerana banjir besar baru-baru inilah lagi kuat alasan UMNO kena bertanding.

“Kena pada masanya untuk menyedarkan pengundi, bila datang banjir besar atau musibah, siapa dan parti mana yang mampu membela dan berkhidmat pada rakyat.

“Bukankah berkhidmat itu perkara utama dalam perjuangan politik. Maka PRK di Dun Cempaka, UMNO boleh bukti siapa mampu berkhidmat pada rakyat.”

Ibrahim menambah dengan sinikal, UMNO patut terus terang faktornya tidak bertanding adalah kerana takut akan kekalahan dan tidak harus bersikap hipokrit.


“Jangan hipokrit. Baik cakap terus terang, UMNO Kelantan tidak bertanding kerana takut kalah, budak pun boleh faham.”

Tulisnya lagi, bantuan terhadap mangsa-mangsa banjir tetap boleh diteruskan walaupun UMNO bertanding di Dun Chempaka, lantas membuktikan parti itu merupakan parti hebat sepanjang zaman.

Kemenangan yang diraih Nik Aziz di kerusi tersebut kata Ibrahim, bukanlah kerana figura tersebut mewakili PAS tetapi kerana pengaruh peribadi Allahyarham sendiri.

“Arwah TGNK menang Dun Cempaka bukan kerana PAS kuat semata mata. Ianya kerana pengaruh peribadi arwah TGNA. Sekarang TGNA sudah tiada. Maka UMNO mesti uji PRK Dun Cempaka.

“Masalah banjir UMNO selesai. PAS pun beriya mahu kerjasama dengan UMNO atas nama banjir. Sebab PAS tak mampu maka serah pada UMNO kerajaan pusat.”

MUSTAPA MOHAMED_TPPA

Ibrahim turut menyindir Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan berkata, “Maka banjir UMNO urus dan kerusi dalam Dewan beri pada PAS secara percuma.

“Baiknya Tok Pa. Apa kata Tok Pa dan UMNO Kelantan dibubar dan semua masuk PAS atau jadi NGO kerana perlu tumpu pada banjir sebab Kelantan ada banjir tiap tahun.

“UMNO jadi badan politik kebajikan dan PAS benar-benar parti politik. Pandangan ikhlas saya. Tok Him.”

– MYNEWSHUB.CC

Cadangan Mustapa Mohamed Tak Mahu Letak Calon Di Dun Chempaka

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori