Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Imam Besar Masjidilharam Puji...

MAKKAH - Sikap jemaah haji Malaysia yang sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan semasa...

Tiada Kes Demam Kepialu...

PUTRAJAYA - Tiada kes demam kepialu (tifoid) baharu dilaporkan dari negeri lain yang...

Tabung Haji Lawat Keluarga...

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Mohamad Aziz...

Malaysia-Singapura Harus Ada 3...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan Singapura...

Bob Lokman Minta Ahli Biasa PAS Tinggalkan Parti

KUALA LUMPUR – Bekas selebriti yang kini aktivis PAS, Bob Lokman meminta ahli biasa parti itu yang berharap kepimpinan tertinggi PAS ditukar dalam Muktamar PAS Ke-61 pada Jun depan supaya meninggalkan parti berkenaan.

Beliau meminta ahli-ahli PAS terbabit memahami bahawa mereka sebenarnya ibarat penumpang sebuah kenderaan yang sedang dipandu oleh pemimpin tertinggi PAS yang cekap dan tahu arah serta tujuan perjalanan.

“Tak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti untuk menjalani major servis (Pemilihan PAS). Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.

“Makanya selepas major servis nanti, Kita tetaplah menjadi penumpang yang patuh dengan peraturan perjalanan kenderaan Kita. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemilihan PAS yang akan berlangsung di Kuala Se­langor, Selangor bakal menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun oleh bekas Naib Presiden parti itu, Ahmad Awang dalam pertandingan satu lawan satu.

Bob Lokman dalam pada itu mengingatkan ahli biasa PAS, kenderaan yang beliau maksudkan itu jika mempunyai pemandu baharu yang mempunyai jalan baru untuk dicuba akan hanya membuatkan kenderaan tersebut menjadi lebih cepat lusuh.

Justeru,beliau meminta ahli biasa PAS sedar diri dengan memahami istilah penumpang dan jangan menganggu pemandu sedia ada kerana perbuatan itu akan menjejaskan kelancaran perjalanan ke destinasi yang masih jauh.


“Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, janganlah nak bina kenderaan baharu dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung,” sindirnya.

Sindiran Bob Lokman itu disokong Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang akan berusaha merebut jawatan Ketua Pemuda PAS daripada penyandangnya, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan PAS kali ini.

Nik Mohamad Abduh menjelaskan kenyataan Bob Lokman itu menggambarkan komitmen dan istiqamah beliau untuk terus bersama kepimpinan ulama PAS. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=KYDPE0MN5AY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori