Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Bapa Terima 7 Jahitan...

YAN - Seorang warga emas berusia 71 tahun menerima tujuh jahitan pada keningnya...

“Turun Naik Ringgit Itu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memantau prestasi ringgit dalam pasaran mata wang...

Tok Mat Jauh Lebih...

REMBAU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan calon Barisan...

Suami Jolok Pengiling Kayu...

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Hanya kerana tidak mempunyai anak, seorang lelaki sanggup menjolok...

BN Tidak Tabur Janji Kosong – Zambry

KUALA KANGSAR – Barisan Nasional (BN) tidak sesekali menabur janji-janji kosong dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak berkata pendekatan BN selama ini ialah menjanjikan sesuatu yang realistik dan mampu dilaksanakan untuk pengundi.

Bagi PRK Kuala Kangsar kali ini, katanya BN akan meneruskan manifesto yang dibawa oleh bekas penyandang kerusi itu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Paling penting, kita berikan penjelasan isu-isu yang dimanipulasi pihak sana (pembangkang) dan teruskan perkara yang dijanjikan dalam manifesto terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar dan Taklimat Isu Semasa oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pengumuman calon Pakatan Harapan semalam, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata BN bersedia menerima cabaran daripada mana-mana calon.

“Kita tiada halangan. Hak mereka nak namakan sesiapa. Kalau ada parti lain nak letak calon pun hak masing-masing.


“BN akan berdepan (calon lain) dengan cara kita, kaedah kita dan akan berikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Semalam Pakatan Harapan menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon Pakatan Harapan bagi PRK Kuala Kangsar.
PRK itu diadakan setelah Wan Mohammad Khair-il Anuar terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry mengumumkan peruntukan tahunan sebanyak RM100,000 kepada Cuepacs Perak bermula tahun ini bagi membolehkan kongres
itu menjalankan aktiviti.

“Sebelum ini, kerajaan negeri memberi peruntukan berdasarkan permohonan yang dibuat pertubuhan tersebut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori