Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kemenangan Tok Mat Di...

ALOR SETAR – Keputusan mahkamah mengenai pembatalan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di...

3 Pemain Badminton Masih...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan...

Seorang Lagi Orang Asli...

GUA MUSANG - Seorang lagi penduduk orang asli, Kampung Kuala Koh di sini...

Tak Perlu Ambil Makanan...

ALOR SETAR - Individu yang sihat tubuh badan dan tiada sebarang masalah kesihatan...

BN Sejahterakan Rakyat Secara Saksama – Liow

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan agenda pembangunan negara memberikan kesejahteraan kepada rakyat secara saksama dan sehubungan itu rakyat perlu memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi meneruskan agenda itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata di Kuala Lumpur, kerajaan BN memastikan inisiatif dan program pembangunan yang dilaksanakan akan membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang selesa.

“Ketua BN Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen telah bekerja keras dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat dengan menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan dan kerap turun padang bertemu penduduk setempat bagi menyelesaikan pelbagai isu dan masalah semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan bangunan baharu Tadika Bunga Orkid, Pusat Sumber Pendidikan MCA dan Program Kembali Ke Sekolah untuk Sesi 2018 di sini, hari ini.

Liow berkata pemimpin BN sentiasa berkhidmat kepada rakyat dengan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sekaligus merapatkan hubungan dengan penduduk setempat berbanding pembangkang yang dilanda pelbagai isu dan masalah dan hanya bertemu rakyat apabila menjelang PRU.


“Kajian dilakukan pasukan penyelidik MCA mendapati jumlah sokongan kaum Cina terhadap MCA telah meningkat, peningkatan sokongan ini disebabkan rakyat telah bosan dengan taktik kotor pembangkang hanya tahu menanam perasaan benci dengan membuat pelbagai tuduhan liar terhadap BN,” katanya.

Ditanya mengenai peluang BN menawan semula Bandar Tun Razak daripada pembangkang, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA yakin BN akan memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada PRU14. – BERNAMA

Kategori