Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis Gujarat Miliki Rambut...

GANDHINAGAR, India – Seorang remaja perempuan dari negeri Gujarat, India diiktiraf sebagai pemilik...

Polis Tahan Wanita Curi...

BUTTERWORTH - Seorang wanita yang terlibat dalam kegiatan mencuri duit tabung masjid di...

Jambori Pengakap Tingkat Kemahiran...

KUALA LUMPUR - Program Jambori Di Udara (JOTA) ke-60 dan Jambori di Internet...

Dibuang Ibu Bapa Kerana...

DELHI - Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dihurungi semut...

BN Sedia Peluang Kepada Wanita Untuk Cemerlang

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) adalah parti gabungan yang memperkasakan wanita menerusi peluang yang disediakan kerajaan Persekutuan sejajar dengan pengisytiharan 2018 sebagai Tahun Memperkasakan Wanita.

Calon termuda BN Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Peggie Koo Pei Chee, 32, berkata kebajikan wanita sememangnya diperjuangkan oleh parti gabungan itu menerusi manifestonya bagi PRU14.

“Wanita perlu mempunyai keberanian untuk keluar daripada zon selesa dan mencabar diri mereka untuk berjaya tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Saya percaya kekuatan sebenar tidak mengenal jantina, warna kulit mahupun umur. Asalkan kita tidak takut untuk gagal,” katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang itu berkata ciri-ciri penting dalam manifesto itu adalah wanita bukan hanya diperkasakan, malah mereka juga akan dipantau dengan teliti.

“Turut dimasukkan dalam manifesto itu adalah BN akan menghasilkan beribu-ribu lagi profesional wanita untuk melakar kejayaan dalam bidang korporat, khidmat awam, politk dan peranan lain sebagai pemimpin,” kata bekas guru itu.

Khoo berkata kerajaan Persekutuan turut mengetengahkan kepentingan untuk menambah baik tenaga kerja wanita dalam pasaran dengan menguatkuasakan keperluan 30 peratus wanita menduduki jawatan tertinggi.

“Langkah ini jelas memastikan wanita Malaysia mendapat peluang yang sama untuk cemerlang di peringkat tempatan dan pasaran global,” katanya.


Pada 2017, kerajaan menguatkuasakan keperluan sekurang-kurangnya 30 peratus Lembaga Pengarah dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Badan Berkanun di Malaysia adalah wanita menjelang hujung 2018.

Ditanya tentang peranannya sebagai seorang calon wanita muda, Khoo yang mengambil bahagian dalam aktiviti Gerakan sejak 2008, berkata beliau tidak gentar untuk bertanding dalam PRU14 yang didominasi lelaki oleh kerana beliau akan mewakil suara wanita terutamanya daripada komuniti beliau dalam Dewan Undangan Negeri.

“Saya berhasrat untuk menyatakan kepada lebih banyak rakyat Malaysia, sungguhpun jika impaknya kecil, tetapi pembabitan kita lebih penting. Suara kita lebih penting. Usah berhenti daripada mewujudkan impak yang baik di tempat kita tinggal,” katanya.

Dalam PRU14 ini, Koo mungkin berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon Parti Rakyat Malaysia Bersatu (MUP) Kee Lean Ee dan wakil DAP Ong Ah Teong, yang juga Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang, selepas penyandang kerusi berkenaan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Danny Law Heng Kiang digugurkan daripada parti. – BERNAMA

Kategori