Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Mayat Seorang Pelajar Lemas...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk sungai...

Kejam.. Video Tentera Israel...

KEGANASAN rejim tentera Israel terhadap penduduk awam Palestin semakin menjadi-jadi.Terbaharu sebuah video yang...

Akhbar The Star Digesa...

KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara...

Husni Bertanding Calon Bebas...

IPOH - Desas-desus Anggota Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk...

BN Perlu Elak ‘Talak Tiga’ Di Selangor Pada PRU14

SABAK BERNAM – Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada ‘dijatuhkan talak tiga’ di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau bakal berdepan kemungkinan kehilangan negeri itu buat selama-lamanya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata, PRU ke-14 (PRU14) merupakan peluang terakhir untuk BN merampas semula negeri itu daripada pembangkang selepas gagal berbuat demikian pada PRU12 dan PRU13.

“Kita telah ‘ditalak satu’ pada PRU12 dan ‘ditalak dua’ pada PRU13. Kalau nak rujuk semula, elakkanlah talak tiga dengan memastikan kemenangan BN di Selangor sekali gus merampas semula negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sabak Bernam di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Timbalan Pengerusinya Datuk Mad Nadzari Ahmad Dahlan, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam yang juga anggota Parlimen kawasan itu Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata kekalahan BN di Selangor sebelum ini adalah petunjuk kemurkaan Allah terhadap sikap pemimpin parti yang sombong dan berebut jawatan sesama sendiri.

“Selepas menang pada PRU11, kita terlalu selesa dan mendabik dada. Pemimpin berebut harta, masing-masing hendak cepat kaya dan rakyat tengok gelagat kita, sebab itu Allah tarik nikmat pemimpin Selangor bila kita kalah dalam PRU12 dan PRU13.

“Saya harap perkara ini tidak berlaku lagilah. Kita harus berada di alam realiti, kita mesti dekati rakyat dan beri perkhidmatan terbaik keseluruhannya,” katanya.


Timbalan Perdana Menteri dalam pada itu menasihati anggota BN Selangor supaya menerima sesiapa sahaja yang bakal menjadi calon pada PRU akan datang dan tidak melakukan sabotaj sekiranya individu yang diharapkan menjadi calon tidak terpilih.

Ahmad Zahid turut menasihati pemimpin BN Selangor supaya sentiasa menghargai jentera parti di peringkat akar umbi kerana mereka ialah nadi kepada kemenangan BN di negeri ini.

“Ambil peduli, tanya khabar mereka (jentera) kerana tanpa mereka siapalah kita. Tanpa sokongan jentera, jangan haraplah BN boleh menang semula di Selangor,” katanya. – BERNAMA

Kategori