Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

20,000 Sertai Perang Tomato...

MADRID - Ribuan orang membanjiri jalan raya sambil melempar tomato masak sesama sendiri...

Kerajaan PH Batalkan 4,000...

PAS menuntut penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung...

Zarina Anjoulie Gaduh Dengan...

BERKENALAN di Instagram, apabila sudah bercerai pun Instagram menjadi 'medan pertempuran' antara pelakon...

Peniaga Teruskan Operasi Walaupun...

PASIR MAS - Seorang peniaga gerai makan di Gual Tinggi, Rantau Panjang di...

BN Bina Rumah PPR, Baiki Rumah Daif Di Batu Sapi

SANDAKAN – Dalam usaha memenuhi keperluan penduduk di Batu Sapi, kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Baik Pulih rumah daif di kawasan itu.

Terdapat dua taman PPR dibangunkan di kawasan itu iaitu PPR Taman Batu Sapi yang mempunyai 180 unit rumah dan Taman PPR Lintas Sibuga yang mengandungi 500 unit rumah.

PPR Taman Batu Sapi, yang dibina dengan kos RM31.25 juta, telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mac tahun lepas.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar sewa rumah PPR Taman Batu Sapi, yang sebelum ini RM250, diturunkan kepada RM170 bermula bulan lepas.

PPR Lintas Sibuga pula dibina dengan kos RM23.7 juta.

Musa juga mengumumkan bahawa kerajaan menyasarkan untuk membina 2,000 unit rumah di bawah PPR secara berperingkat di kawasan Batu Sapi.

Bagi penghuni rumah di PPR Taman Batu Sapi, mereka menyifatkannya sebagai kediaman selesa yang turut dilengkapi kemudahan lain termasuk dewan selain terletak bersebelahan dengan Masjid Batu Sapi.

Salim Bin Kulah, 38, berkata dengan kadar sewa yang tidak membebankan iaitu RM170 sebulan, beliau dan keluarganya dapat tinggal di unit rumah yang dilengkapi dengan keperluan asas yang lengkap.

Rumah tiga bilik itu membolehkan mereka tinggal di rumah yang selesa, katanya.

“Saya bersyukur dapat tinggal di sini,” katanya.

Basri Abu Hapis, 35, pula berkata beliau tidak pernah terbayang dapat tinggal di sebuah rumah yang lengkap dengan kemudahan asas.

“Saya dan keluarga berasa bertuah kerana diberi peluang tinggal di PPR Taman Batu Sapi yang mempunyai kawasan taman perumahan yang cantik dan selamat,” katanya.


Dalam pada itu, rumah daif penduduk khususnya yang terletak di kawasan pulau turut menjadi perhatian kerajaan untuk dibaik pulih.

Tahun ini, sebanyak 78 rumah milik penerima e-kasih di kawasan Batu Sapi dipilih untuk dibaiki menerusi Projek Baik Pulih Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dilaksanakan Pusat Giat Mara Batu Sapi dengan peruntukan keseluruhan RM1.17 juta.

Menerusi inisiatif keranaan BN itu, kos membaik pulih setiap rumah adalah RM15,000.

Projek itu melibatkan rumah di Kampung Bakau, Sundang Laut, Karamunting, Bokara, Gas, Tanah Merah, Lupak Meluas dan Bambangan.

Selain itu, sebanyak 100 rumah daif di kawasan Parlimen Batu Sapi dibaik pulih menerusi program Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rumah terbabit adalah milik penduduk miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah e-Kasih membabitkan 70 buah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan 30 lagi di DUN Karamunting.

Dalimah Arani, 35, berkata bantuan itu membolehkan rumah yang didiaminya bersama-sama suami Mismat Halin, 35, yang merupakan nelayan, dan lima anak, dibaiki.

“Sebelum ini, bumbung rumah bocor selain dinding dan lantai rosak dan kesemuanya tidak dapat dibaiki kerana faktor kewangan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPR

Kategori