Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rita Rudaini Malu Masih...

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini mengakui malu apabila sering ditawarkan menjadi heroin...

Larangan Lawat Ladang Unta...

YAN - Larangan melawat ladang unta sepanjang musim haji kali ini masih dikekalkan,...

Siti Hasmah Beri Penghormatan...

KUALA LUMPUR - Walaupun dikenali ramai sebagai seorang yang amat tegas dan garang,...

Laporan Polis Dibuat Ke...

LABUAN - Majlis Belia Labuan membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook...

Bicara Kes Saman Khalid Berhubung Isu Jualan Arak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan lima hari bermula 28 November untuk perbicaraan kes saman fitnah oleh Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad terhadap Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berhubung isu jualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut di Selangor pada 2013.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Khalid dan peguam Elina Abdul Rashid bertindak bagi pihak Hassan yang sebelum ini merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Muhammad Faiz ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 28 November hingga 2 Disember untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 29 April lepas, Khalid yang kini anggota jawatankuasa (AJK) Parti Amanah Negara (PAN) memfailkan saman itu dengan mendakwa Hassan, yang ketika itu anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengucapkan kata-kata berunsur fitnah secara lisan dalam ceramahnya di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 Shah Alam, pada 2013.


Beliau mendakwa video ucapan itu kemudian disunting dan dimuat naik ke laman media sosial YouTube yang boleh diakses orang ramai secara terbuka dan perkataan yang diucapkan Hassan itu tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah yang memberi kesan terhadap reputasi, imej dan nama baiknya, yang ketika itu AJK PAS Pusat.

Hassan dalam pernyataan pembelaannya mendakwa perkataan yang diucapkan itu adalah satu fenomena umum dalam senario politik di Malaysia iaitu pihak-pihak mengkritik antara satu sama lain demi kepentingan politik masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori