Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Sasar 10 Peratus Pekerjaan...

IPOH - Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan berbincang dengan Menteri Tenaga...

Kes Tembakan: Polis Tahan...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan bapanya...

Belanjawan 2020: Cuepacs Harap...

GEORGE TOWN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap khabar gembira...

Khairil Aslan Gementar Tamatkan...

SEPANG - Rasa resah dan gementar tetap menyelubungi perasaan pendaki solo negara Khairil...

Wujud Seruan Basmi Bangsa Cina – Patut Disiasat

SELEPAS banyak sokongan diterima oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan kenyataannya, seorang pengguna di Twitter berasakan itu adalah kebangkitan bangsa Melayu untuk menghadapi tekanan ekonomi oleh peniaga Cina.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama penyokong selepas sidang media oleh bekas pemimpin dan pemimpin Pemuda UMNO di Kuala Lumpur hari ini. – Foto Surianie Mohd Hanif (Berita harian)

Ia berikutan tindakan 92 ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara sepakat menyatakan sokongan ke atas kenyataan Ismail Sabri yang mencadangkan agar pengguna Melayu memboikot produk dan barangan peniaga Cina yang tamak bagi memberi sebagai tekanan kepada mereka untuk menurunkan harga.

“Wahai laknat cina, ini permulaan Melayu bangkit untuk berperang dengan kamu,” katanya menerusi Twitter.

BACA JUGA – Ismail Sabri Sedia Beri Kerjasama Kepada Polis

Bagaimanapun, tweet itu dilihat agak melampau apabila turut menyatakan bahawa darah Cina adalah halal yang dilihat seolah-olah ajakan untuk menghapuskan kewujudan kaum itu,

Berikutan kenyataan Ismail Sabri itu, ada peniaga dan parti politik Cina yang melenting serta menganggap kenyataan itu sebagai rasis, malah ada parti yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memecat Ismail Sabri daripada jawatannya kerana kenyataan itu.

Najib dalam satu kenyataan media pada Khamis bagaimanapun menegaskan, kenyataan Ismail Sabri tidak ditujukan kepada kaum tertntu sahaja dan para peniaga harus bertanggungjawab menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga minyak.


Beliau turut mengarahkan agar pertelingkahan yang akan membawa kepada konflik perkauman tidak dipanjangkan. -MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Ismail Sabri Tidak Bersifat Rasis – Hishammuddin Hussein

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori