Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Thailand Bantu Mangsa...

PASIR MAS - Kerajaan Thailand hari ini menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada kerajaan...

Senarai Manifesto Barisan Nasional...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menawarkan 65 inisiatif dalam manifesto...

3 Februari Kes Lucut...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Februari tahun...

SRK Berdepan Ancaman Jika...

NEW DELHI - Pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan mungkin berdepan bantahan apabila...

BERSIH 2.0 Berang ‘Tokoh’ Aktivis Jalanan Indonesia Dihalau Balik

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis Indonesia yang pernah terlibat dalam demontrasi jalanan menumbangkan kerajaan negara itu, Mugiyanto dihalang daripada memasuki Malaysia hari ini.

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Mugiyanto ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tengahari ini dan dihantar pulang.

“Mugiyanto dijadual berucap malam ini di forum gerakan rakyat anjuran BERSIH 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

“Mugiyanto salah seorang aktivis Indonesia yang pernah ditahan Kopassus sewaktu aksi menentang Orde Baru pimpinan Suharto ketika gerakan reformasi berlangsung di Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Maria Chin berkata, BERSIH 2.0 mengutuk keras tindakan pihak berkuasa Malaysia menghalang Mugiyanto daripada berucap kepada rakyat Malaysia.

Dakwanya, tindakan itu satu lagi bukti kerakusan kerajaan untuk menghalang hak membantah dan bersuara di negara ini.

“Mereka seharusnya malu dengan tindakan yang tidak matang dan pendek akal ini,” katanya.

Justeru, katanya, Mugiyanto akan menyampaikan ucapannya dalam forum itu melalui aplikasi Skype.


Beliau turut menegaskan, BERSIH 2.0 berikrar akan menjelajah ke seluruh negara membawa kempen bagi menjatuhkan kerajaan.

Terdahulu, KLSCAH dalam satu kenyataan media berasingan hari ini membantah isu membabitkan agama Islam dengan agama lain di negara ini diuruskan oleh Mahkamah Syariah.

KLSCAH mendakwa perkara itu mengabaikan jaminan kebebasan beragama di negara ini di bawah seksyen 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pertubuhan itu membuat kenyataan tersebut bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan status agama Islam tiga anak Muhammad Riduan Abdullah. – MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]j0imFJu4xSc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori