Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kemenangan Di PRK Tanjong...

IPOH - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan...

Nora Anne Hilang: Keluarga...

SEREMBAN - Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari...

FPDA Platform Hadapi Ancaman...

SINGAPURA - Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) akan menjadi satu lagi platform penting...

PAS Tak Gusar Ancaman...

KUALA LUMPUR - PAS tidak gusar dengan ancaman Gerakan Harapan Baru (GHB) yang...

Beri Ruang Najib Fikir Tindakan Wajar – Ku Nan

BERIKUTAN tuduhan yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini, beliau seharusnya diberi ruang berfikir tentang tindakan paling sesuai diambil demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ujaran tersebut diluahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan media hari ini.

“Seharusnya kita terus memberikan sokongan padu kepada pemimpin atasan kita serta memberi ruang kepada beliau untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil demi kepentingan agama, bangsa dan negara.”

Saya Tak Akan Khianati Rakyat, Negara, Tegas Najib

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut menyeru agar seluruh lapisan peringkat ahli UMNO mengambil sikap bertenang serta berfikir secara rasional terhadap isu-isu yang dimomokkan pihak-pihak tertentu.

Untitled
Sumber dari akaun Facebook Friends of BN – Barisan Nasional

“Dalam masa yang sama, saya menyeru semua ahli UMNO untuk meneruskan fokus perjuangan parti selaras dengan gerak kerja yang telah diatur.

“Kita perlu sedar bahawa dalam keadaan kita hari ini tentunya kita perlu terus waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang menjadi benteng kita selama ini”

Katanya lanjut, seharusnya masyarakat tidak terpengaruh dengan manipulasi dan provokasi yang dilontarkan pihak-pihak yang ingin memecah belahkan kepimpinan negara.


Kalau diamati, walaupun Najib didakwa dengan beberapa tuduhan berat daripada pihak-pihak tertentu, namun sokongan yang diberikan kepada beliau untuk terus menerajui pupuk pimpinan parti serta menggalas kedudukannya sebagai Perdana Menteri berterusan diterima.

Kebanyakan menteri dalam kabinet bersuara menyatakan sokongan kepada beliau, begitu juga dengan ahli UMNO dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

– MYNEWSHUB.CC

Oleh IZZAT MOHD ANUAR

Hadi Awang – Pendirian Islam, Mesti Empat Saksi Tuduh Najib

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori