Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hadiah Kahwin Paling Rare,...

BARANGKALI inilah dia hadiah perkahwinan paling unik dan rare!Meskipun kelihatan lucu, namun hadiah berupa...

Bekas Jurutera Apple Sebagai...

WALAUPUN beliau pernah dianggap sebagai legenda di Apple, namun Genius Bar telah menolak permohonan...

Lawak.. Bila Lelaki Cuba...

PERASAN tak, kita biasa dengar "muka sama, ada jodoh" atau kononnya "muka serupa,...

3 Bandar Dipilih Sebagai...

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengenal pasti tiga bandar...

Belum Ada Kenyataan Rasmi Mengenai ECRL

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menasihatkan beliau supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Saya telah berjumpa Perdana Menteri pagi ini dan beliau telah menasihatkan saya untuk tidak mengeluarkan sebarang pengumuman (berhubung ECRL) buat masa ini. Jadi, sila tunggu kenyataan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif Bank Negara Malaysia, Dana untuk rumah mampu milik dan Portal Rumahku di sini, hari ini.

Ahad lepas Guan Eng berkata, kenyataan rasmi mengenai status projek ECRL akan dikeluarkan minggu ini iaitu sehari selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek bernilai RM81 bilion itu.

Guan Eng berkata, memandangkan ECRL melibatkan dana yang besar, pengumuman wajar dibuat menerusi kenyataan bertulis. – BERNAMA

Kategori