Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nicole Scherzinger Bercinta Dengan...

PENYANYI utama kumpulan Pussy Cat Dolls, Nicole Scherzinger nampaknya lebih mudah tertarik kepada...

PM Garis 5 Keutamaan...

MILAN (Itali) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima keutamaan...

Remaja Perempuan Ditahan, Buang...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di rumahnya...

‘Raja Muda’ Kerajaan Jin...

DUNGUN - Lelaki yang mendakwa ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ oleh kerajaan jin di...

Bebanan PAN Pecahkan Perpaduan Islam Melayu – Hadi

KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tanpa berselindung, menyatakan kesediaan parti Islam itu bekerjasama dengan Umno dalam usaha mengukuhkan martabat Islam.

Malah, Hadi dalam kempen PRK Kuala Kangsar menjelaskan, Pas memang berkerjasama dengan Ummo dalam usaha membentangkan Usul Persendirian Pindaan Rang Undang-undang 355 Akta Mahkamah Syariah.

Ini satu keberanian Hadi yang mengejutkan ketika berkempen meraih undi.

Hadi berterus-terang dalam soal ini tanpa berselindung. Di peringkat kepimpinan tertinggi Pas, kenyataan ini mengukuhkan lagi pengakuan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang lebih awal memberikan isyarat kerjasama ini memang dirancang.

Nik Abduh lebih awal mendedahkan strategi kerjasama ini ketika berucap di Muktamar Agung Pas baru-baru ini.

Di peringkat Umno, kerjasama ini sudah diperkatakan. Cuma belum ada kenyataan terbuka mengenainya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menberi isyarat sokongan dengan membetulkan salah tanggapan terhadap RUU 355. Kata Najib, RUU 355 bukan Enekmen Hudud.

Ini kerjasama paling ditakuti Dap selaku parti yang menentang apa jua usaha bagi mengukuhkan kedudukan Islam dan Melayu. Bagi Dap, apa saja langkah pengukuhan Islam dan Melayu adalah penghalang ke arah merealisasikan Malaysian Malaysia.

Bagi Dap, penyatuan Ummo Pas dalam isu RUU 355 satu perkembangan luar biasa sejak perpecahan Umno Pas 1974. Malah, kini Dap sangat bimbang melihat usahasama Pas dan Umno. Satu realiti kepentingan Islam dan Melayu dilaksanakan walaupun kedua-dua parti itu tidak bergabung.

Apa yang tinggal pada Dap?

Untuk memecahkan kekuatan Islam Melayu, aset Dap hanyalah PAN, parti serpihan yang dibentuk selepas puak disisihkan pada Muktamar Agung Pas 2015. PAN ditubuhkan lalu menyertai Pakatan Harapan setelah Pakatan Rakyat dibubarkan berikutan ketiadaan Pas dalam gabungan yang dibentuk sejak 2008.

Justeru, tidak hairanlah Dap menyokong PAN habis-habisan pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Matlamat Dap jelas, kuasa penyatuan Islam Melayu antara Umno dan Pas mesti dikekang. Penyokong Pas mesti diseret menyertai PAN. Melemahkan Pas bererti satu langkah besar untuk melumpuhkan strategi kerjasama ke arah kekuatan Islam Melayu.


Beban besar tentulah digalas PAN dalam melaksanakan harapan Dap. PAN menyertai PRK walaupun tiada harapan untuk menang. Sebenarnya, agenda Dap yang lebih besar ialah mahukan PAN merampas semua kerusi Pas pada PRU 14 akan datang.

PAN secara realistiknya tidak akan berjaya melaksanakan misi ini. Dua perkara utama ialah, pengundi Islam Melayu melihat kerjasama Pas Umno sangat relevan dalam konteks mengukuhkan kedudukan Islam. Seterusnya, status PAN sebagai parti setahun jagung serta dilihat terlalu mengikut telunjuk Dap membuatkan pengundi Islam Melayu berasa curiga.

Pas pernah bersama Dap dalam PR. Bukan sekejap tetap hampir 7 tahun dan berkerjasama dalam dua PRU sebelum ini. Namun, ketika pergeseran kedua-dua parti memuncak, masyarakat Islam dapat melihat bagaimana warna sebenar Dap terhadap Islam. Malah, keupayaan Dap memecahbelahkan Pas hingga terbentuk PAN dilihat sebagai keupayaan unik parti majoriti Cina itu dalam memporak-porandakan perpaduan Islam Melayu

Bagi PAN pula, sekali pun tahu peluang meraih kejayaan pada PRK kali ini amat tipis, parti itu tetap meletakkan calon. Natijahnya mudah – PAN harus memulakan langkah mencuri pengundi Pas. Bagi PAN, sekali pun kalah, adalah satu manfaat besar sekiranya parti itu mampu membuktikan jumlah undi yang diperolehinya kelak adalah gambaran Pas kehilangan pengikut.

Langkah PAN dalam PRK ini akan berterusan hingga PRU 14. PAN akan terus bertindak sebagai pemusnah Pas. Apa pun matlamat PAN – bagi Dap – peranan parti serpihan itu mestilah mampu menghancurkan perpaduan Melayu Islam. – MYNEWSHUB.CC

#PRKKUALAKANGSAR #PRKSUNGAIBESAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori