Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Yusof Haslam Nafi Kes...

SUSULAN video viral kejadian histeria sewaktu tayangan filem Villa Nabila di sebuah panggung di...

7 Lelaki Samun Kedai...

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki termasuk ketua kumpulan Geng Kapak dipercayai aktif melakukan...

Gempar Suara Kuat ‘Asmara’...

BINTULU - Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar...

Skuasy: Nicol Kecundang Di...

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David,...

Barisan Nasional Menang 3-0 Di Bagan Datuk

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam.

Ahmad Zahid menang dengan majoriti 5,073 undi setelah mendapat 18,909 undi menewaskan Pakhrurrazi Arshad (PKR) yang memperoleh 13,836 undi dan calon PAS, Ata Abdul Muneim Hasan Adli (4,061 undi).

Lebih bermakna, Barisan Nasional (BN) turut mengekalkan kemenangan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dan Hutan Melintang di bawah Parlimen Bagan Datuk.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, calon BN bagi kerusi Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, 51, menang dengan majoriti 3,069 undi menewaskan Hatim Musa dari PKR yang mendapat 3,460 undi dan Mohd Mohkheri Jalil (PAS) yang meraih 2,430 undi.

Turut berkongsi kemenangan, calon muka baharu DUN Hutan Melintang yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bagan Datuk, Datuk Khairuddin Tarmizi selepas memperoleh majoriti 741 undi.


Khairuddin, 53, memperolehi 10,961 undi manakala pencabarnya calon PKR, G. Manivannan memperoleh 10,220 undi dan Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS) mendapat 3,150 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi pada pukul 11.45 malam ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P075 Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, di sini. – BERNAMA

Kategori