Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas di Menara...

Daya Ingatan LGE Pudar...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Liang Teck Meng...

AirAsia Peneraju LCC Dunia...

KUALA LUMPUR – AirAsia dinamakan sebagai Peneraju Penerbangan Tambang Murah (LCC) Dunia untuk...

FELDA Sudah Memiliki Hampir...

MUNGKIN ramai kurang menyedari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah pun memiliki hampir...

Barakah Ramadan, Pengumuman Najib Legakan Penjawat Awam

HARI ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan khabar senang kepada seluruh penjawat awam apabila mengumumkan bayaran bantuan khas sebanyak RM500 bagi individu yang tertakluk pada Gred 54 ke bawah.

Bukan itu sahaja, buat 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen juga bakal mendapat bantuan khas sebanyak RM250.

Najib Umum Bayaran Bantuan Khas RM500 Kepada Penjawat Awam

Secara jelasnya, imbuhan tersebut disifatkan sebagai rezeki menjelang bulan mulia umat Islam iaitu bulan Ramadan yang akan bermula esok. Syukur, Alhamdulillah.

Ujar Najib ketika membuat pengumuman tersebut di Putrajaya, sebentar tadi, “Bayaran ini bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.”

BAJET_101014_TMIAFIF_013

Setiap isi rumah mengetahui tentang kos perbelanjaan yang bakal meningkat berganda-ganda ketika bulan Ramadan, apatah lagi selepas usai berpuasa 30 hari, masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Keluhan yang seringkali meniti di bibir-bibir individu terutamanya yang sudah berkeluarga;

“Mana nak buat persiapan kelengkapan dapur untuk menyambut Ramadan, kemudiannya bersedia perkakasan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

“Pakaian baru untuk seisi keluarga, kuih raya dan hidangan makanan serta banyak lagi.”

Apatah lagi budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan konsep memberikan duit raya serta menyediakan pelbagai juadah, semuanya bersandarkan kepada perbelanjaan besar.

Goods-and-Services-Tax-GST-Malaysia


Bukan itu sahaja, semenjak 1 April lalu, kerajaan telahpun memperkenalkan sistem percukaian baru Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pastinya turut memberi perbezaan terhadap jumlah wang yang keluar.

Seharusnya, masyarakat Malaysia memandang pengumuman PM itu sebagai satu rahmat, bersyukur dan berterima kasih kerana Kerajaan Malaysia terus-menerus mengotakan manifestonya iaitu ‘Janji Ditepati’ dengan memberikan bantuan bagi meringankan beban.

Konsistensi serta komitmen Putrajaya dalam menyalurkan sumbangan khas kepada penjawat awam seharusnya dihargai. Pepatah ada menyebut, ‘jangan menggigit tangan yang memberi kita makan’…

Sementara itu, Najib turut mengumumkan kadar baru terendah untuk Imbuhan Tetap Perumahan iaitu pada RM300 sebulan yang dinaikkan dari RM180 sebelum ini.

Selain itu, khas buat pejawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dan tidak pernah menikmati imbuhan tersebut, mereka turut akan menerimanya kali ini pada kadar 25 peratus.

Dengan wujudnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diagihkan awal tahun ini, maka masyarakat harus sedar bahawa kerajaan terus komited untuk memberikan yang terbaik. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Imbuhan Tetap Perumahan Penjawat Awam Naik Daripada RM180 Kepada RM300

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori