Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh...

BUKIT MERTAJAM - Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Fiji Buang Simbol Union...

SUVA – Pemerintah Fiji, sebuah gugusan pulau besar di Lautan Pasifik; akan membuang...

Pasangan Song Fail Penceraian

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Korea popular, Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda selatan...

Banyak Permohonan Jadi Anggota PAN Di Temerloh

TEMERLOH – Parti Amanah Negara (PAN) menerima banyak permohonan menjadi anggota dan membuka cawangan baharu termasuk daripada masyarakat bukan Melayu di Temerloh selepas kemenangan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anggota Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Tahir berkata sebanyak 400 anggota baharu telah diluluskan permohonan berbanding hanya 200 orang sebelum pilihan raya umum lalu.

Justeru Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung PAN optimis pihaknya dapat meningkatkan keanggotaan parti kepada 1,000 orang pada hujung bulan ini.

“Sokongan juga diterima daripada masyarakat India selain masyarakat Cina yang turut menunjukkan minat dengan PAN. Sokongan juga diterima daripada orang Melayu dari parti lawan.

“Luar biasa sokongan yang diterima kerana sebelum ini rakan-rakan di Temerloh kata tidak nampak minat (penduduk terhadap PAN)… rupanya ada (orang) yang ambil pendekatan tunggu dan lihat, selepas PRU14 baharu mereka mahu menjadi anggota,” katanya kepada pemberita di Kampung Bangau Parit sini, hari ini.

Mohd Anuar menambah setakat ini, terdapat lapan cawangan PAN di sini dan beliau menjangka lebih banyak cawangan ditubuhkan selepas ini.

Namun begitu, Mohd Anuar menegaskan mereka masih mengamalkan sikap berhati-hati dalam menerima kemasukan individu yang mempunyai jawatan di parti lama, seperti saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita terbuka menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertai melainkan ada permintaan dari Tun sendiri. Hendak menjadi ahli kita boleh terima, tapi untuk memegang jawatan atau cawangan, kita tengok dahulu.


“Kita terima ketua bahagian atau ketua cawangan yang hendak sertai PAN, tapi bukan sekarang. Kita bukan diskriminasi kerana mungkin mereka benar-benar ingin bersama gagasan baharu, tapi buat sementara waktu ini kita tunggu dulu,” katanya.

Mohd Anuar menambah kemenangan PAN di 11 kerusi Parlimen pada PRU14 lalu walaupun baharu ditubuhkan selama dua tahun menunjukkan parti itu mempunyai masa depan yang amat cerah dalam arena politik negara.

Sehubungan itu, beliau berkata penekanan kini diberikan untuk mengisi kefahaman anggota parti khususnya mereka yang baharu menyertainya.

“PAN ditubuhkan dengan matlamat memberi alternatif dalam Pakatan Harapan kepada mereka yang mahu sebuah parti berteraskan Islam kerana kita parti Islam yang terbuka, progresif, tidak jumud, tidak pegang konsep lama konservatif dan tidak mahu mengikut peredaran zaman,” katanya. – BERNAMA

Kategori