Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FGV Tambah Baik Kelestarian...

KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengumumkan penambahbaikan Dasar 'Tiada...

Anak Muhammad Ali Ditahan...

WASHINGTON DC - Anak lelaki legenda tinju Muhammad Ali ditahan untuk disoal siasat...

Bekas Suami Nabila Huda...

BEKAS suami pelakon Nabila Huda iaitu penyanyi kumpulan Tiga Swaggers, Zaidy Zailani menafikan...

Wanita Ditikam 88 Kali...

SEORANG wanita cantik telah ditikam sebanyak 88 kali hingga maut oleh seorang lelaki...

Banjir: Pembangkang Terus Ambil Kesempatan

KUALA LUMPUR – Parti-parti pembangkang memang hebat mengambil kesempatan daripada bencana banjir yang melanda beberapa negeri terutama Kelantan untuk merit politik mereka sejak beberapa minggu lalu.

Terbaru PAS menjadikan bencana banjir yang disebabkan fenomena cuaca itu sebagai alasan untuk membangkitkan semula isu bayaran royalti petroleum kepada kerajaan dan rakyat Kelantan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa, bayaran royalti petroleum itu kononnya amat penting untuk membantu kerajaan Kelantan memulihkan semula negeri itu selepas banjir.

“Tragedi banjir yang melanda Kelantan merupakan yang terbesar dalam sejarah negara. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung rakyat Kelantan.

“Oleh demikian saya supaya memulangkan bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin mendakwa, bayaran royalti itu sangat wajar demimeletakan kepentingan rakyat dan kemanusiaan ditempat yang sebenarnya .


PAS sebelum ini turut menggunakan isu royalti petroleum dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Kecil Pengkalan Kubor meraih sokongan pengundi.

Walhal Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji secara mendalam mengenai perkara itu.

Jawatankuasa khas itu diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan seorang wakil dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Negeri ini diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra yang juga adinda kepada Sultan Kelantan. – myewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori