Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 6 Didakwa...

MARANG - Seorang pelajar Tingkatan Enam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

21 Lagi Ar-Rahnu Yapeim...

TUMPAT - Sebanyak 21 lagi cawangan Ar-Rahnu di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam...

Kisah Tertidur: Lim Kit...

IBARAT kata paku dulang, paku serpih, mengata orang tapi dia pula yang lebih...

Bekas ADUN Labuan Meninggal...

LABUAN - Veteran politik dan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Labuan yang...

Azmin Tuntut Penjelasan Putrajaya Berkenaan Perjanjian Air

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menuntut penjelasan daripada Kerajaan Pusat berkenaan sebab mengapa perjanjian penstrukturan semula air tidak boleh didedahkan kepada umum.

Beliau berkata jawapan secara bertulis daripada Putrajaya itu penting bagi membolehkan perbincangan lanjut mengenai perkara itu diadakan.

“Saya masih belum terima surat. Saya mahu melihat balasan daripada (Datuk Seri) Dr Maximus (Johnity Ongkili).

[BACA – Kenyataan Penuh MB Selangor Perjanjian Penstrukturan Air]

“Beliau perlu menjelaskan mengapa kerajaan pusat enggan mendedahkan secara penuh perjanjian itu. Daripada situ akan ada perbincangan lanjut,” katanya kepada media di ibu negara hari ini, memetik laporan The Malaysian Insider.

Menurut Maximus yang merupakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kandungan perjanjian itu antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor belum boleh didedahkan kepada orang ramai selepas mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.


“Jika sememangnya kerajaan Selangor minta perjanjian diklasifikasikan status kerahsiaan supaya awam boleh melihatnya, ia memerlukan persetujuan semua pihak.

“Memang ada sebab kenapa perjanjian belum boleh diklasifikasikan umum kerana mesti tertakluk kepada perbincangan dengan syarikat konsesi,” katanya.

Maximus berkata, urusan kerajaan pusat kini sudah selesai dan kerajaan Selangor perlu menyelesaikan urusan mereka dengan syarikat konsesi dalam tempoh 5 minggu daripada tempoh 2 bulan seperti yang diperuntukkan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

“Kalau sampai dua bulan tidak boleh uruskan, kementerian akan terpaksa menggunakan Seksyen 114, WSIA,” katanya, merujuk kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.  – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori