Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Baby Girl Buat Jovian...

TAHNIAH diucapkan kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie dan personaliti radio, Sharifah Aleya...

40 Unit Rumah Setinggan...

TAWAU - Empat puluh unit rumah setinggan di Kampung Buayah di sini musnah...

SPRM Buru Dua Individu,...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki, termasuk Muhammad Adlan Berhan...

Terengganu Peruntuk RM8.7j Persiapan...

KUALA TERENGGANU – Pelbagai insentif dan peruntukan diberikan kerajaan Terengganu bagi memastikan negeri...

Azmin Keseorangan Bela Nasib ADUN PKR ‘Diserang’ DAP

BELUM pernah berlaku dalam sejarah seorang timbalan presiden sebuah parti yang bertaraf ketua kerajaan negeri teruk dihentam bukan sahaja oleh rakan sekutunya sendirinya, malah pemimpin kanan dalam partinya sendiri.

Begitulah nasib malang Mohamed Azmin Ali yang mencipta sejarah apabila tindakannya tidak sahaja disokong oleh pemimpin PKR bahkan salah seorang bertaraf sekadar Naib Presiden terpaksa memohon maaf bagi pihaknya.

Bayangkanlah Tian Chua memecah rekod kerana tampil minta ampun atas keceluparan Azmin hanya untuk reda kemarahan sekutunya yang telah bertindak tanpa berunding dengan parti sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Lebih aib, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang patut sokong bos sendiri rupa-rupa berbuat sebaliknya sehingga mencetuskan persoalan, apakah sudah terjadi dan mana suara presidennya, Wan Azizah Wan Ismail?

Makin panas perang mulut antara Pakatan Harapan yang tampak tiada harapan, pemimpin kecil DAP pula mula serang balas ke atas Azmin dalam isu pemecatan dua ADUN PKR dibuang jawatan daripada GLC Pulau Pinang.

Antaranya Setiausaha DAP Bahagian Batu Kawan, Satess Muniandy dilaporkan membidas Azmin yang bantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memecat wakil PKR sebagai pengarah GLC baru-baru ini.

Menurutnya, Azmin perlu memahami erti ‘kematangan’ dalam berpolitik sebelum menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang bertindak kejam menggugurkan ADUN PKR tersebut sebagai suatu tindakan tidak matang.

“Kami DAP Batu Kawan turut ingin merujuk kenyataan AMK yang menyelar Lim Guan Eng sebagai tidak matang kerana gugur dua ADUN daripada agensi GLC Kerajaan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ketua Penerangan AMK, Haidhar Auni Dzolkapli pada Selasa dilaporkan berkata, DAP sepatutnya menghormati perjanjian bersama ditandatangani gabungan Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN.


Jelas Satess lagi, selain AMK, Azmin turut tidak layak bercakap tentang kematangan dalam isu pengguguran dua ADUN itu kerana membela tindakan yang mensabotaj kerajaan negeri dengan sokong usul Barisan Nasional (BN).

“Adakah perbuatan ADUN PKR yang dilihat sebagai satu tindakan yang sabotaj kerajaan negeri dengan sokong ‘usaha BN’ untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang itu dianggap matang?

“Pernah AMK, ataupun Timbalan Presiden PKR mengajar ‘kematangan’ kepada semua ADUN PKR yang belot kepercayaan rakyat Pulau Pinang dan ingin sabotaj kerajaan negeri yang dianggotai PKR sendiri?” soal Satess.

Malah ujarnya, tindakan dua ADUN tersebut merajuk dan merungut susulan tindakan Ketua Menteri itu jelas membuktikan bahawa PKR masih belum matang lagi dalam berpolitik dan bersikap seperti kebudak-budakkan.

“Kalau tidak mahu sokong kerajaan negeri pada masa diperlukan, kenapa mahukan jawatan dalam agensi kerajaan negeri yang mereka tidak sokong itu? Ini boleh diibaratkan budak-budak merajuk tidak dapat gula-gula,” katanya.

Hakikatnya, Azmin kini keseorangan apabila cuba membela nasib wakil partinya itu dalam kerajaan yang ditadbir sekutunya sendiri sekali gus membuktikan PKR yang gah itu pun tidak layak menerajui pembangkang di Malaysia. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pecat ADUN PKR Di Bawah Budi Bicara DAP

Juga: PKR Kemuka Permohonan Maaf Kepada DAP

Lagi: DAP Pertahan Tindakan Pecat Dua ADUN PKR

Serta: KM PP ‘Buang’ ADUN PKR Khianat Pakatan?

Dan: Perang Terbuka Azmin-LGE Dedah Pakatan Rapuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori