Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

George Town Sah Dapat...

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengesahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang...

Azura Couture Gesa Erin...

PEREKA fesyen terkenal yang juga merupakan pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mahu...

Nurul Depp Dedah Terima...

PENYANYI berkulit hitam manis, Nurul Depp mendedahkan baru-baru ini dia diganggu dengan kiriman...

Seni Silat Angkat Sabah...

SANDAKAN - Sukan seni silat menjadikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan yang mampu mengangkat...

Azizah, Zahida, Shahar Dahului Pemilihan Sayap

KUALA LUMPUR – Datuk Azizah Mohd Dun dan Datuk Zahida Zarik Khan masing-masing masih mendahului undian pemilihan UMNO bagi Pergerakan Wanita dan Puteri setakat pukul 10 malam ini.

Azizah yang memegang jawatan Naib Ketua Wanita UMNO mendapat 21 undi diikuti rapat anggota Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad yang mendapat 19 undi untuk kerusi Ketua Pergerakan Wanita.

Zahida, Naib Ketua Puteri UMNO mendapat 56 undi meninggalkan jauh Nor Hazreena Mohamad Hashim dengan empat undi bagi jawatan Ketua Pergerakan Puteri.

Bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda pula, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah mendahului dengan 14 undi diikuti anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi (12) dan Khairul Azwan Harun (10).

Pemilihan kali ini menyaksikan Pergerakan Wanita ditandingi tiga calon, Pergerakan Pemuda sembilan, manakala Pergerakan Puteri dua calon.

Bagi jawatan naib ketua setiap sayap, Norliza Abdul Rahim mendahului dengan 23 undi bagi Pergerakan Wanita; Ketua Penerangan Pemuda, Shahril Sufian Hamdan (Pergerakan Pemuda) mendapat 22 undi dan Setiausaha Puteri UMNO Kelantan, Nurul Amal Mohd Fauzi (Pergerakan Puteri) mendapat 38 undi.


Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata sebanyak 35 peratus undi daripada kesemua 191 bahagian telah diterima ibu pejabat sehingga 9 malam ini dan undi dijangka meningkat kepada kira-kira 60 peratus pada tengah malam ini.

Setiap satu undi mewakili satu bahagian. – BERNAMA

Kategori