Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siapa Benarkan Aidil, Iyad...

KUALA LUMPUR - Pihak penganjur Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 dipersoal...

12 Pati Ditahan Di...

SETIU - Jabatan Imigresen menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) di lima...

Wujudnya Kumpulan Bantah Projek...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima...

‘Duit KWSP Jangan Beri...

SEDAR atau tak, memang ada golongan ibu bapa yang sanggup berhabis wang simpanan...

Awang Selamat Bidas MB Pahang Salahkan Media

Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan di akhbar Mingguan Malaysia hari ini mempersoalkan tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memperlekehkan akhar Utusan Malaysia ekoran berita berkaitan Cameron Highlands.

Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia ada mendedahkan perkara berkaitan 30,000 warga asing Bangladesh yang ada di daerah tersebut.

Dalam laporan itu, Adnan dikatakan menuduh ia sebagai satu agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi melariskan jualan.

“Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikiran seperti itu.

“Inilah masalah kalau dah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

“Ulat pun disangka ular, beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar yang lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang untuk menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.

“Ada laporan yang lebih panas melibatkan negeri lain, tetapi menteri besarnya tidak melatah,” katanya.

AwangSelamat_2

Menurut rencana Awang, agenda media dalam isu pusat peranginan tanah tinggi Cameron adalah untuk keselamatan negara dan rakyat dan tiada sebarang agenda lain.

Awang menulis, bukan kali pertama Adnan dilihat menuding jari kepada pihak media.

“Awang selalu mendapat banyak maklum balas termasuk daripada wartawan banyak organisasi media tentang cara beliau yang kelihatan angkuh.

“Tidak boleh menerima teguran-mudah melenting,” kata Awang dalam tulisannya itu.

Awang apabila melihat sifat Adnan itu menggunakan hak sebagai media untuk menyanggah beliau kerana dianggap menggunakan kuasa politik untuk membuli media dan ia tidak boleh dibiarkan.


“Di Pahang, pelbagai pihak termasuk media lebih senang berurusan dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Tengku Abdullah yang lebih tahu menghormati dan menjaga aib orang lain.

“Bukan itu sahaja, baginda berdua bersikap budiman, terbuka dan bijak mengurus kritikan,” kata Awang dalam tulisannya.

Dalam rencana berkenaan, Awang turut mempersoalkan kredibiliti pentadbiran Adnan yang dilihat kurang mantap di bawah sejak tahun 1999.

Awang berkata tiada faktor yang boleh dibanggakan negeri berkenaan.

“Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau, juga jadi bahan bualan.

“Ingatlah, kebanyakan kita ada pekung, mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri,” katanya.

Penulis berkenaan turut membawa pembaca mengimbau kembali kes penerokaan haram di hutan simpan dan tanah kerajaan di Cameron Highlands dan banyak lagi daerah yang sudah lama berlarutan.

Menurut Awang, gaya kepimpinan Adnan juga dilihat sudah tidak relevan biarpun bagi penyokong setia beliau, Adnan masih diperlukan atas hujah karismanya yang mampu mengawal politik Pahang yang unik.

“Lain pula di akar umbi, yang mahukan perubahan kepimpinan, negeri lain sudah berubah menteri besar, Pahang msih orang sama yang rating dan popularitinya jatuh.

“Desas-desus menteri besar bakal diganti sudah lama berlegar.

“Walaupun Adnan, tentu tidak senang dengan hal tersebut tetapi Awang yain beliau bukanlah jenis yang tidak boleh menerima realiti,” kata Awang dalam tulisannya hari ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori