Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Ronaldo Bantu Kemenangan Real,...

PARIS: Cristiano Ronaldo menamatkan kemarau jaringan tiga perlawanan berturut-turut apabila membantu kemenangan 2-0...

Jalur Gemilang Bintang 5:...

KUALA LANGAT - Tindakan memaparkan bendera kebangsaan yang salah adalah satu perkara yang...

Polis Temerloh Nafi Kejadian...

Polis daerah Temerloh menafikan berita mengenai dakwaan penculikan di kawasan perumahan di Mentakab,...

Kelantan Sekadar Seri: Annuar...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Aung San Suu Kyi Tidak Sertai Perhimpunan PBB

YANGON – Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Pejabat Presiden, U Zaw Htay di pusat pentadbiran kerajaan Myanmar di Naypyidaw. Namun tiada alasan dinyatakan ekoran pembatalan secara mengejut berkenaan.

Sebaliknya, Suu Kyi – yang dikritik masyarakat antarabangsa dalam isu penindasan pelarian etnik Rohingya, hanya akan diwakili oleh Naib Presiden Myanmar, U Henry Van Thio, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Untuk rekod, penerima anugerah berprestij Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 itu pertama kali menghadiri dan menyampaikan ucapan di UNGA ke-71 ialah pada September 2016. – BERNAMA

Kategori