Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video Zahid Yang Bangkitkan...

VIDEO kempen calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tersebar...

Pemandu Teksi Dibunuh: Anak...

KOTA BHARU - Anak pemandu teksi yang mati ditikam di Jalan Pasir Mas-Salor...

27,179 Kes Covid-19; 172...

PUTRAJAYA – Negara merekodkan jangkitan Covid-19 sebanyak 27,179 kes semalam dengan 172 kes...

Kenapa Harga Insuran Motor...

SAYA rasa ianya tidak adil untuk pemilik kereta tetap membayar premium insurans yang...

Apa Agenda Maria Chin Ajak Nur Jazlan Sertai Bersih 4.0?

BEBERAPA hari lalu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah bertindak berani sengaja mengajak Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan hujung bulan ini di Dataran Merdeka.

Walaupun perlawaan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk mengajak wakil kabinet melihat sendiri suasana kononnya sebagai gambaran suara rakyat, namun ia tetap terpalit banyak persoalan.

Yang sebenarnya, apakah agenda Maria Chin memperlawa Nur Jazlan untuk turun di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos ini? Adakah ia benar-benar untuk menuntut pilihan raya yang adil atau ‘ada udang di sebalik batu’?

Nur Jazlan Bersangka Baik, Tak Ada Masalah Bersih 4.0 Dijalankan

Datuk Nur Jazlan Mohamed
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed

Apa-apapun, dalam satu laporan disiarkan oleh portal berita Ahli Parlimen Barisan Nasional, BNBBC hari ini, Ahli Parlimen Pulai itu terang lagi jelas menolak perlawaan berkenaan.

Menurut Nur Jazlan, walaupun sebelum ini beliau menyambut baik hasrat gabungan tersebut untuk melakukan demonstrasi, namun ia bukan tetap cara yang betul untuk memperjuangkan demokrasi dan menegakkan keadilan.


“Itu dia jemput saya, mana ada saya cakap saya akan pergi, saya cakap kerajaan tak halang demo selagi pengajur dapat kebenaran dan ikut undang-undang.

“Polis diberi kuasa undang-undang untuk menentukan cara demonstrasi itu. “Buat apa saya nak hadir demo tengah panas terik itu nak melekit dengan kulit jadi hitam.” – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BNBBC

Bersih Janji Tak Ganggu Persiapan Sambutan Kemerdekaan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori