Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Indonesia Kumpul Duit...

JAKARTA – Ribuan penduduk Indonesia sanggup berbaris panjang bagi menyertai usaha amal beberapa...

MCA Tetap Kekal Bersama...

TEGUH... MCA akan tetap bersama Barisan Nasional (BN) serta menyatakan komitmen bersama-sama dengan...

Polis Wanita Cantik Buat...

KEJELITAAN seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) wanita ini membuatkan netizen terutamanya lelaki rela...

Gadis Termenung Sebelum Maut...

SEORANG gadis yang termenung di tepi Tasik Shah Alam kemudiannya ditemui mati selepas dipercayai...

Anwar Marah Serangan Ke Atas Charlie Hebdo

KUALA LUMPUR – Pembunuhan kejam yang berlaku di pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris semalam dilakukan oleh golongan `barbarian’ (gasar), kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walau apa juga perkara yang menyebabkan keganasan itu, pembunuhan 10 wartawan dan dua pegawai polis itu tidak boleh dilepaskan.

“Saya mengecam pembunuhan ganas di pejabat Charlie Hepdo semalam . Apa sahaja yang mungkin telah menjadi motivasi, pembunuhan kejam 10 wartawan dan dua dua pegawai polis tidak boleh dibiarkan.

“Simpati dan takziah saya pergi kepada keluarga mangsa,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Anwar berkata, semua pihak tanpa mengira agama atau kepercayaan mesti menolak keganasan itu dan perbuatan atas nama agama itu sekali lagi mencemar imej seluruh masyarakat Islam.

Justeru, beliau meminta pemimpin Islam dan golongan ulama di seluruh dunia untuk mengutuk tindakan ganas itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori